
Kenyataan Akhbar KPK 19 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
DG of HealthOctober 19, 2020
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 455 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 13,717 kes (64.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Sabah (226 kes);
- Selangor (107 kes);
- Kedah (97 kes);
- Johor (13 kes);
- Terengganu (5 kes);
- Negeri Sembilan (3 kes);
- Sarawak (2 kes);
- Pahang (1 kes); dan
- Wilayah Persekutuan Labuan (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 19 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 865 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 21,363 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,456 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Secara keseluruhan, sebanyak 154 kes (17.8 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Tembok dan termasuk empat (4) kes saringan tahanan Penjara Tapah. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakub telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai bermula 20 Oktober 2020 sehingga 2 November 2020.
Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 643 kes (74.3 peratus). Lebih banyak ujian makmal telah dapat dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung Malaysia. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Ingin dimaklumkan daripada 865 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh (7) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan empat (4) bukan warganegara iaitu dari negara:
- China (4 kes di Selangor);
- Australia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
- Amerika Syarikat (1 kes di Selangor); dan
- Qatar (1 kes di Selangor).
Daripada 858 kes penularan di dalam negara, 767 kes adalah warganegara Malaysia dan 91 kes adalah bukan warganegara.
Daripada 858 kes penularan di dalam negara, lima (5) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 448 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 643 kes
- 183 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 343 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 117 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 101 kes
- 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hentian; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 34 kes
- 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Pulau Pinang: 26 kes
- 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Perak: 18 kes
- Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 16 kes
- 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit;
- Tiga (3) kes daripada saringan di Depot Tahanan Imigresen;
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes saringan individu bergejala.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam (6) kes
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Negeri Sembilan: Empat (4) kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Kedah: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Johor: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Pahang: Satu (1) kes saringan individu bergejala.
- Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 190 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes kematianKesNegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang18821139SabahLelaki WN85Hospital Tawau–18921140SabahLelaki BWN52Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis19021141SabahPerempuan WN70Hospital Duchess of Kent–
* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
KLUSTER HENTIAN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18664) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana:
- Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19; dan
- 120 individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER BUKIT
Kluster baharu ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17531) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana:
- 15 kes dikesan positif COVID-19;
- 73 individu negatif; dan
- Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
KESAHIHAN MAKLUMAT COVID-19
Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memaklumkan umum mengenai situasi terkini COVID-19 dengan menyalurkan berita sahih, tepat dan cepat. Dalam pada Kerajaan menangani penularan COVID-19, Kerajaan juga perlu menangani isu mesej tular iaitu penularan berita palsu (fake news)dan maklumat tidak sahih yang sengaja dibuat demi kepentingan sesetengah pihak. Tindakan ini adalah sama sekali tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan keresahan dan kerisauan orang ramai.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut yang sahih mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia:
- Ikutilah Sidang Media COVID-19 oleh KKM, yang kini dijalankan setiap hari;
- Laman-laman media sosial rasmi KKM,
- Saluran telegram CPRC KKM: https://t.me/cprckkm;
- Aplikasi MySejahtera;
- Maklumat, infografik/video, kenyataan media rasmi KKM dan juga Garis Panduan terkini COVID-19 juga boleh diperolehi dari laman sesawang KKM: http://covid-19.moh.gov.my ;
- Bagi isu kesihatan berkaitan COVID-19, orang ramai boleh menghubungi CPRC Kebangsaan KKM di talian hotline: 03-88810200, 03-88810600, 03-88810700 dan emel rasmi: cprc@moh.gov.my.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat yang diragui kesahihannya. KKM mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang membantu Kerajaan dalam menyebarkan maklumat yang sahih.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit(Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
19 Oktober 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 19 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)NEGERIBILANGAN KES BAHARU *( )BILANGAN KES KUMULATIFSABAH6438,082SELANGOR107 (6)3,357W.P. KUALA LUMPUR7 (1)2,853KEDAH31,940NEGERI SEMBILAN41,104JOHOR2839SARAWAK0768PULAU PINANG26662PERAK18415PAHANG1388MELAKA16299KELANTAN0173TERENGGANU1163W.P. LABUAN34154W.P. PUTRAJAYA3128 PERLIS038JUMLAH KESELURUHAN865 (7)21,363
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
Lampiran 2
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini
(19 Oktober 2020)KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian1Penjara KepayanSabahKota Kinabalu135184304184 (0)06902AutoSelangor, Negeri SembilanPetaling, Klang, Kuala Langat, Seremban415055150 (0)0003SagukingWP LabuanLabuan303948739 (0)01804Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran151,06516,488246 (0)81841915Tujuh SerangkaiSabahTuaran141632,655130 (0)32616Penjara
Seberang PeraiPulau PinangSeberang Perai Selatan148687686 (2)01007BukitMelakaMelaka Tengah, Jasin, Alor Gajah11158915 (0)0008AlmaPulau PinangSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara101719317 (0)0009Ramai-RamaiSabahSandakan9191734152 (1)3917010Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, PahangHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras, Temerloh71311,08065 (0)667011Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai75071540 (0)100012SuratSabahSandakan73217327 (0)50013BuntarKedah, Perak, WP Putrajaya, JohorKuala Muda, Kerian, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru72333523 (0)00014SimeraTerengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP PutrajayaBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Putrajaya55273246 (0)62015LekirPerakManjung41517715 (0)00016Sungei WaySelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras35032543 (0)70017KeladiSelangorKlang32821628 (0)022018Bah BundleWP Labuan, JohorLabuan, Johor Bahru32250720 (0)22019UtamaSelangor, MelakaGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah2185848177 (0)8151020MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah24130841 (0)00021KencanaSelangor, Johor, WP Kuala Lumpur, TerengganuPetaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Cheras, Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian, Kuala Nerus22523221 (0)40022MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor21661316 (0)00023Jalan BombaSabahSandakan21631612 (0)24224TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda,Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama11,5727,311895 (6)67697125Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban14165428 (0)131026Bah SintokKedah, Negeri Sembilan, SelangorKubang Pasu, Seremban, Gombak13849137 (0)10027TasikSarawak, SelangorMiri, Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak12355122 (0)11028KhazanahSabahLahad Datu1201,43915 (0)50029Seri SetiaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, TItiwangsa171453 (0)40030HentianSelangorHulu Langat171277 (0)05031JeramKedahKubang Pasu153511 (0)400
*BWN = Bukan warganegara
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia …
Kenyataan Akhbar KPK 19 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
