Peluang Keemasan,
Saya ingin menyarankan kepada pegawai perubatan, MA dan jururawat yang belum pernah menyertai mana-mana misi kemanusiaan atau belum pernah bertugas di pedalaman Sabah dan Sarawak agar mengambil peluang keemasan ini.
Misi ini adalah peluang untuk anda menimba pengalaman secara terancang tanpa perlu ambil cuti tahunan dan menggunakan duit poket sendiri.
Di antara kelebihan menyertai misi ini :
1- Pengalaman pertama anda ke Sabah ini adalah pengakaman yang cukup berbeza dengan geografi di Semenanjung.
2- Anda akan lebih menginsafi realiti masyarakat di pedalaman Sabah, yang sangat berbeza berbanding dengan pengalaman anda bekerja di hospital atau Klinik Kesihatan di bandar dan kota di Semenanjung
3- Anda berpeluang untuk menimba pengalaman mengendalikan bemcana secara berorganisasi di bawah KKM.
Percayalah bahawa trip dan pengalaman yang bakal anda lalui ini pastinya sangat berharga dan menginsafkan.
Salam perjuangan,
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
[ t.me/zainurrashid ]

t.me/zainurrashid/1030