Impian Musuh dan kelalaian umat

Impian Musuh dan kelalaian umat

Pada 29-30 Ogos 1897, World Zionis Organisation (WZO) telah mengadakan pertemuan penting di Basle, Switzerland dan memutuskan :

1- Menubuhkan negara yang dikhususkan untuk orang Yahudi di bumi Palestin (dalam tempoh 50 tahun – 1947)

2- Menjadikan Jerusalem (Baitul Maqdis) sebagai ibu negara Israel dan membina the Solomon Temple di atas runtuhan Masjid al Aqsa.

3- Menguasai dunia antarabangsa melalui agensi dan proksi mereka di seluruh dunia antarabangsa.

Kegigihan mereka yang luar biasa dan kelalaian umat Islam menyebabkan perancangan jahat mereka menjadi kenyataan.

Musuh kepada perjuangan memertabatkan Islam bukan hanya di kalangan bangsa Yahudi tetapi juga di kalangan bangsa Arab dan umat Islam yang rosak jiwa dan aqidahnya.

Usah lalai dan terus berikan tanggapan bahawa negara Malaysia akan terus kuat, maju dan berdaulat serta selamat daripada angkara musuh dsn kerosakan dari dalam dan luar.

Saya sekadar berpesan.

Salam perjuangan.

[ t.me/zainurrashid ]

t.me/zainurrashid/1031

Leave a comment