Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1442H

☆Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1442H☆

وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ

“Demi bintang semasa ia menjunam” [Surah an-Najm 1]

#Imam an-Nasafi berkata: “Allah bersumpah dengan orang alim apabila ia meninggal dunia”.

#Berkata Abu Muslim al-Khaulani rahimahullah: “Ulamak diibaratkan seperti bintang dilangit yang mana ramai yang boleh menjadikan mereka pedoman”.

#Berkata al-Ajuri rahimahullah: “Sesungguhnya ulamak dibumi ini adalah bagaikan bintang-bintang dilangit. Dengan dia umat ditunjukkan jika dalam kegelapan, baik didarat mahupun dilaut”.

#Kematian ulamak merupakan satu musibah besar kepada ummah, kerana hilangnya satu cahaya petunjuk yang menerangi bumi selama ini. Hal ini kerana kebiasaannya manusia mampu menggantikan jawatan tetapi tidak mampu menggantikan ilmu, sikap dan nilai yang dimiliki oleh seseorang ilmuwan soleh itu.

#Daripada Abu Darda’ r.a, berkata:

موتُ العالمِ مصيبةٌ لا تجبرُ، وثُلمةٌ لا تُسدُّ، ونَجمٌ طُمِسَ، موتُ قبيلةٍ أيسرُ من موتِ عالمٍ

“Kematian seorang alim merupakan musibah yang tidak tertanggung dan patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya, seolah-olah bintang yang terpadam cahayanya dan mati satu qabilah atau kaum lebih ringan daripada mati seorang alim” (Riwayat al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid)

#Daripada Abi Ja’far rahimahullah berkata:

مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا

“Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadah” (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nu’aim)

#Ketahuilah bahawa sesungguhnya para ulamak telah mewaqafkan kehidupannya untuk meraih ilmu dan menyebarknnya sebanyak mungkin untuk ummah. Justeru tidak hairanlah mereka dikurniakan kedudukan yang cukup mulia dan istimewa di sisi Allah swt. Allah sendiri telah membuat satu pertanyaan:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna” [Surah az-Zumar 9]

♡Fahamlah kita betapa ilmu, hikmah dan juga para ulamak mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru apabila berlaku kematian ulamak, maka sebenarnya cacatlah dunia ini dan umat manusia ini dengan terpadamnya pelita atau obor yang menyuluh kehidupan mereka. Hargailah para alim ulamak di waktu mereka masih berada di alam dunia ini!!♡

🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN

bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1980

Leave a comment