Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1442H

☆Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1442H☆

ٱتَّبِعُوا۟ مَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ مِن دُونِهِۦۤ أَوۡلِیَاۤءَۗ قَلِیلࣰا مَّا تَذَكَّرُونَ

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan” [Surah al-A’raf 3]

#Allah swt berfirman kepada kekasihNya baginda Rasulullah saw agar mengingatkan kepada kita semua tentang wajibnya berpegang teguh kepada panduan al-Quran dan sunnah RasulNya.

#Imam al-Muzani dan Imam ar-Rabi’ berkata:

قَالَ الْمُزَنِيْ وَالرَّبِيْعُ كُنَّا يَوْماً عِنْدَ الشَّافِعِيِّ إِذْ جَاءَ شَيْخٌ فَقَالَ لَهُ أَسْأَلُ قاَلَ الشَّافِعِيُّ سَلْ قاَلَ إِيْشٌ الْحُجَّةُ فِيْ دِيْنِ اللهِ فَقَالَ الشَّافِعِيُّ كِتَابُ اللهِ، قاَلَ وَمَاذَا قاَلَ سُنَّةُ رَسُوْلِ الله

“Pada suatu hari saat kami berada di samping Imam as-Syafi’i, tiba-tiba datang seorang orang tua lalu ia berkata kepada Imam as-Syafi’i: “Aku ingin bertanya”. Jawab Imam as-Syafi’i: “Silakan”. Lalu ia berkata: “Apakah hujjah dalam agama Allah Azza wa Jalla?” Maka Imam as-Syafi’i menjawab: “Kitab Allah Azza wa Jalla (al-Quran).” Ia bertanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab as-Syafi’i: “Sunnah Rasulullah saw” (Lihat: Ahkamul Quran)

#Berkata Imam as-Syafi’i rahimahullah:

قاَلَ الشَّافِعِيُّ :كُلُّ مُتَكَلِّمٍ عَلَى اْلكِتاَبِ وَالسُّنَّةِ فَهُوَ الْحَدُّ الَّذِيْ يَجِبُ، وَكُلُّ مُتَكَلِّمٍ عَلىَ غَيْرِ أَصْلِ كِتَابٍ وَلاَ سُنَّةٍ فَهُوَ هَذَيَانٌ

“Setiap orang yang berbicara berdasarkan al-Quran dan Sunnah, maka (ucapan) itu adalah ketentuan yang wajib diikuti. Dan setiap orang yang berbicara tidak berlandaskan kepada al-Quran dan Sunnah, maka (ucapannya) itu adalah kebingungan” (Lihat Manaqib as-Syafi’i)

#Namun, malangnya ramai orang zaman sekarang termasuk para pemimpin yang membuat kebingungan, kecelaruan dan keraguan di tengah masyarakat dengan pendapat-pendapat mereka. Pendapat dan pandangan mereka diutamakan daripada pandangan Allah, Rasul, alim ulamak dan ahli ilmu. Baik dalam hal keyakinan beragama mahupun dalam kehidupan bermasyarakat. Setiap orang seolah-olah bebas melontarkan segala pendapat yang terlintas di benak fikirannya, tanpa pertimbangan terlebih dahulu bahkan sebahagiannya menolak pandangan daripada agama/syarak serta mengagungkan pandangan manusia.

فَلَمَّا جَاۤءَتۡهُمۡ رُسُلُهُم بِٱلۡبَیِّنَـٰتِ فَرِحُوا۟ بِمَا عِندَهُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ یَسۡتَهۡزِءُونَ

“Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata) dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu” [Surah Ghafir 83]

#Sayidina Abu Zar r.a berkata, aku berjalan bersama Rasulullah saw lalu baginda bersabda: “Sungguh selain Dajjal ada yang sangat membuatku bimbang atas umatku. Baginda ulang sampai tiga kali, lalu Abu Zar r.a berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang lebih Engkau bimbangkan atas umatmu selain Dajjal?” Baginda menjawab: “Para pemimpin yang menyesatkan”. (HR Ahmad)

#Ingatlah bahawa pendapat dan pemahaman yang tidak berdasarkan kapada dalil al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah adalah bisikan-bisikan syaitan. Betapa banyak manusia hari ini yang mengikuti bisikan-bisikan syaitan. Moga Allah pelihara kita daripada kesesatan dan kebinasaan.

♡Turutilah apa yang telah diturunkan Allah dan ditinggalkan oleh baginda nabi saw sebagai panduan dan pedoman dalam mengharungi kehidupan ini agar kita sentiasa diatas jalan kebenaran. Jangan mendahulukan pemikiran kita daripada wahyu!!♡

🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN

bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1978

Leave a comment