Bagaimana membaca label…

Bagaimana membaca label…

Di label di tulis dengan terang “Cholesterol Free Food”…

Ia memberikan satu indikasi seolah-olah makanan ini sihat kerana tiada kolesterol..

Tetapi apabila di baca label sepenuhnya.. Maka ada tertulis ” minyak sayuran terhidrogen (hydrogenated vegetable oil)”…ini bermaksud di dalam makanan proses ini terkandung ASID LEMAK TRANS…

Asid lemak trans ini adalah jauh lebih merbahaya kerana ia adalah punca kepada masalah keradangan (inflammation) dalam tubuh dan kajian jelas menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak trans ini adalah punca kepada penyakit kardiovaskular, diabetes & kanser payudara…

Terdapat juga kandungan GULA yang tinggi juga di dalam mentega kacang ini…

Oleh kerana itu makanan proses seperti ini sebenarnya adalah tidak menyihatkan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan kemudian hari..

Kita perlu membaca label dengan ilmu dan pemahaman yang betul untuk memahami bagaimana kesan sesuatu makanan kepada kesihatan kita untuk jangkamasa panjang.. InsyaAllah

#drnorman #infosihat #transfat #peanutbutter

t.me/drnormannorawi/494

Leave a comment