☆Tadabbur Kalamullah 20 Safar 1442H☆
قَالَ وَمَن یَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦۤ إِلَّا ٱلضَّاۤلُّونَ
Nabi Ibrahim berkata: “Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat” [Surah al-Hijr 56]
#Hidup di dunia ini penuh dengan dugaan, cabaran dan ujian. Manusia terlupa bahawa dunia ini adalah medan ujian yang perlu dihadapi dengan penuh kesabaran, keredhaan dan ketabahan. Ini kerana setiap yang berlaku itu adalah ketetapan daripada Allah dan sudah pun tertulis.
مَاۤ أَصَابَ مِن مُّصِیبَةࣲ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِیۤ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِی كِتَـٰبࣲ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَاۤۚ إِنَّ ذَ ٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ یَسِیرࣱ
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah” [Surah al-Hadid 22]
#Sabda Nabi saw:
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ اكْتُبْ. فَقَالَ مَا أَكْتُبُ قَالَ اكْتُبِ الْقَدَرَ مَا كَانَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الأَبَدِ
“Sesungguhnya awal yang Allah ciptakan (setelah ‘arsy, air dan angin) adalah qalam (pena), kemudian Allah berfirman, “Tulislah”. Pena berkata: “Apa yang harus aku tulis”. Allah berfirman: “Tulislah takdir berbagai kejadian dan yang terjadi selamanya” (HR at-Tirmizi )
#Nabi saw bersabda lagi:
كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
“Allah mencatat takdir setiap makhluk 50000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi” (HR Muslim)
#Orang yang berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup adalah mereka yang tidak bersabar terhadap sesuatu yang ditakdirkan Allah dalam memperolehi rahmat Allah. Sikap ini terjadi kerana lemahnya iman dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah, sedangkan disebalik ujian dan dugaan itu tersirat rahmat dan hikmah yang besar daripada Allah swt.
سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
“(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan” [Surah at-Thalaq 7]
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” [Surah al-Insyirah 5-6]
#Orang yang berputus asa dalam menangani ujian hidup, kesulitan hidup, cabaran hidup adalah mereka yang tergolong dalam kalangan orang yang sesat dan kafir. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah yang boleh mengatasi segala sesuatu.
یَـٰبَنِیَّ ٱذۡهَبُوا۟ فَتَحَسَّسُوا۟ مِن یُوسُفَ وَأَخِیهِ وَلَا تَا۟یۡـَٔسُوا۟ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ لَا یَا۟یۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” [Surah Yusuf 87]
♡Jangan sesekali berputus asa dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup kerana kita mempunyai Allah tempat bergantung, meminta, merintih dan memohon pertolongan. Yakinilah bahawa Allah sentiasa merahmati orang yang bertawakkal kepadaNya dan menyelesaikan segala permasalahan hambaNya. Dambakan rahmatNya dan jauhi berputus asa!!♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
