Pernah tak cuba turunkan berat badan tapi tak berjaya? Nak tak kalau saya kongsi satu kaedah dari research. Orang yang ikut dapat turunkan berat mereka 2 x lebih tinggi.
.
Begini ceritanya.
.
Ada kajian dibuat oleh National Institute of Health di US. Pengkaji ambil 1,700 peserta yang overweight. Tujuannya ialah lihat kesan tulis makanan yang dimakan ke atas berat badan.
.
Pengkaji beri arahan. Peserta mesti tulis semua makanan yang mereka ambil. Mereka mesti rekod setiap kali mereka makan. Kena betul betul
Ikut.
.
Teknik ini dinamakan Food Diary Recording.
.
Biasanya ada lah yang menentang. Kata apa faedahnya. Beri pendapat yang berlawanan. “Rekod saja tidak akan turunkan berat badan” kata mereka.
.
Saintis yang mengkaji sebut “rekod sahaja. Lepas sebulan kita lihat hasil”.
.
Lepas sebulan results keluar. Hasil kajian gemparkan peserta. Mereka yang mencatit dalam Food Diary turun berat badan dua kali ganda lebih cepat. Dua kali ganda lebih banyak. Berbanding dengan mereka yang tidak tulis.
.
Logiknya menulis sahaja tidak turunkan berat. Habis, apa sebab turun berat badan?
.
Apa yang berlaku ialah brain programming. Apabila menulis, peserta mulai sedar betapa buruknya pilihan makanan mereka. Baharu dia orang tahu peliknya makanan yang diambil.
.
Mereka dapat lihat sendiri rekod mereka. Sebelum ini hanya makan sahaja. Mereka sendiri tidak ingat apa yang diambil.
.
Hasilnya mereka dengan sendiri beralih kepada pilihan yang lebih sihat. Rekod masih diteruskan. Penangan ambil makanan sihat dapat dirasai dan dilihat sendiri.
.
Apa pelajaran yang boleh kita ambil?
.
Pertama, tulis apa yang kita buat. Apabila ada rekod kita akan tahu di mana lebih di mana kurang. Apa yang perlu dibaiki dan apa kelebihan.
.
Kedua, sekiranya sudah dapat kenalpasti pattern atau corak baik, lakukan apa yang kita tulis. Lakukan berulang kali.
.
Ini dua contoh ringkas brain programming. Boleh ikut. Senang dan efektif.
.
Boleh boleh?
.
#DrRizal
