Marilah kita bersatu kembali memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 dalam negara kita. Tanpa sokongan orang ramai kita tidak boleh berjaya.
Orang ramai boleh bantu kami, sila “Duduk di Rumah” dan jika terpaksa keluar, sila patuhi SOP; sila pakai pelitup muka, jaga penjarakan yang selamat dan kerap mencuci tangan. Kegagalan mematuhi pasti akan meningkatkan risiko jangkitan dan penularan penyakit.
