Kenapa Hapuskan Raja Laut? Hapuskan Si Gurney!
Nak tukar nama jalan ke ‘Jalan Palestin’ boleh…tapi pemilihan itu kena betul. Srikandi setuju bahawa banyak nama jalan yang beridentitikan nama orang asing, penjajah dan penjahat patut digantikan dengan nama ‘Jalan Palestin’ kalaulah nak tunjukkan solidariti itu.
Maka Srikandi setuju benarlah jalan yang patut diganti adalah Jalan Gurney.
Siapa Raja Laut? Beliau merupakan putera kedua Sultan Muhammad Shah, seorang penghulu dan pernah bertugas sebagai seorang majistrate di Kuala Lumpur. Raja Laut adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur. Raja Laut juga adalah pengasas kepada Kuala Lumpur Sanitary Board pada tahun 1890. Besar jasanya bukan?
Siapa Henry Gurney yang namanya diabadikan pada salah satu jalan, juga di Kuala Lumpur?
Sebelum beliau menjadi Pesuruhjaya tinggi British di Tanah Melayu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Palestin bagi pihak penjajah British pada tahun 1946, berkhidmat hingga akhir pentadbiran British di sana pada tahun 1948. Semasa berkhidmat di Palestin, Gurney berperanan dalam membuat dasar-dasar pentadbiran kolonial British semasa pencerobohan orang-orang Yahudi bermula di Palestin. Dasar-dasar itu dibuat berdasarkan bahawa “sikap anti-Yahudi adalah sesuatu yang tidak perlu/tidak relevan”.
Nampak?
Sebab itu si Henry Gurney ini dalam konteks Palestin, beliau adalah antara yang menjahanamkan Palestin dan kedua telapak tangannya masih basah dan tetap basah dengan darah kanak-kanak, wanita, orang tua dan lelaki Palestin yang dizalimi Zionis Israel sampai ke hari ini.
Patut tukarlah nama Jalan Gurney tu kepada Jalan Palestin. Baru buku bertemu ruas. Baru betul-betul nak tunjuk solidariti melalui tukar nama jalan. Baru hangin satu badan Britain dan Israel. Baru kecoh satu dunia.
Dahla nak tukar nama Bukit St. Paul ke Bukit Melaka pun takut, ini berani pulak tukar nama tokoh tempatan. Apekehei. Tak kirala jalan kecil ke besar ke, jalan 1 jalan 2 ke, jalan utama ke, lorong ke. Kekalkan nama tokoh tempatan sedia ada. Sebab nama tempat, nama jalan berupaya menjadi rekod sejarah juga. Orang boleh klaim-mengklaim tanah, wilayah malah satu negara hanya dengan bukti nama jalan atau tempat.
Dari kes arwah Adib, sekolah perkauman, pemandu mabuk, isu Tabung Haji sampai hal-hal warisan ni, nampaknya pemimpin Melayu hari ini tak kira parti dan ideologi telah berpakat-pakat untuk mewarisi kebodohan yang pekat likat. Bukan takat air, sepatah habuk pun takde, hanya bodoh je ada. Itulah persamaan antara mereka.
~Srikandi
For Justice in History
Raksa : https://bit.ly/2Aqv5bU
Semberani : https://bit.ly/2yhSH1k
