Ikut perlembagaan, Sarawak kena PRN juga. Paling lewat pun mesti sebelum 7 September 2021.
Tapi situasi COVID-19 belum menunjukkan tanda-tanda pengakhiran. Kalau jumpa vaksin sekalipun, belum tentu 2021 hidup akan kembali normal.
Saya cadangkan kerajaan pusat buat usul pinda perlembagaan. Benarkan PRN atau PRU ditangguh walaupun selepas tempoh maksima, sekiranya dalam keadaan bencana seperti COVID-19 sekarang.
Memang semua orang politik nakkan pilihanraya sekarang untuk tamatkan teka-teki majoriti. Tapi mood rakyat sekarang dah benci politik. Pilihanraya hanya dianggap untuk menentukan kepentingan politikus, bukan rakyat.
Apatah lagi PRN Sabah kini dianggap punca jangkitan COVID-19 terbaru. Rakyat dah pandang serong dengan politik.
Bawa usul tangguh ke parlimen. Walaupun hampir mustahil nak dapatkan sokongan 2/3 majoriti di parlimen, ini langkah paling populis untuk kembalikan kepercayaan rakyat. Siapa yang bangkang akan dilihat tak pedulikan rakyat. Kemenangan moral untuk yang menyokong.
Usul tangguh bukan wajib tangguh. Tapi memberi kuasa kepada SPR@PM@YDP Agong melewatkan pilihanraya selepas bubar Parlimen/DUN. Kalau tengok bencana dah kurang @ sesuai buat pilihanraya, boleh teruskan walaupun belum sampai tempoh maksima.
(Alang Ibn Shukrimun)
