ADAT ATAU TREND
❄❄❄❄❄❄❄
Orang dulu kuat berpegang pada adat. Nak buat apa-apa ambil kira sangat adat-adat. Kalau tak ikut adat akan dipandang serong masyarakat. Sampai tak mengaku anak kalau anak langgar adat.
Masyarakat moden anggap pemikiran ni kolot. Kononnya zaman sekarang free society. Bebas nak buat apa tanpa terikat.
Hakikatnya, orang zaman sekarang lagi kuat terikat. Bukan dengan adat, tapi dengan trend. Nak pakai apa, nak makan apa, semua ikut trend. Malu kalau tak ikut. Sanggup bergolok gadai semata-mata nak follow social standard.
Adat dulu diperkenalkan kerana kepercayaan dan kebaikan tersendiri. Ada falsafah dan pengajarannya.
Trend sekarang, dicipta oleh kapitalis dan elitis untuk keuntungan mereka. Ada yang seksa, ada yang bahaya, ada yang tak selesa, ada yang langgar moral.
Baik adat atau trend, pastikan tak langgar syarak, dan biarlah ianya memberi faedah buat kita. Guna akal untuk membuat pertimbangan.
(Alang Ibn Shukrimun)
17 Safar 1442
5 Oktober 2020
(Alang Ibn Shukrimun)
15 Safar 1442
3 Oktober 2020
⚪Telegram:telegram.me/AlangIbnShukrimun
🔵Facebook:fb.com/AlangShukrimun
🔴Instagram:instagram.com/alangibnshukrimun
⚫Twitter:twitter.com/alangshukrimun
#AiS
#AiSDakwah
