Tadabbur Kalamullah 19 Safar 1442H

☆Tadabbur Kalamullah 19 Safar 1442H☆

فَلۡیَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلۡیَقُولُوا۟ قَوۡلࣰا سَدِیدًا

“Oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)” [Surah an-Nisa’ 9]

#Di antara bekalan yang paling bernilai dalam kehidupan ini ialah bekalan taqwa. Nabi saw sentiasa berwasiat dengan taqwa.

#Sayidina Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi saw: “Ya Rasulullah, saya hendak musafir. Maka berikanlah saya (pesanan sebagai) bekalan!” Rasulullah saw bersabda: “Semoga Allah memberikanmu taqwa sebagai bekalan”. Lelaki itu berkata: “Tambahkanlah lagi!” Baginda saw bersabda: “Dan semoga Allah ampuni dosamu.” Lelaki itu berkata: “Tambahkanlah lagi!” Baginda saw bersabda: “Dan semoga Allah permudahkan kebaikan untukmu di mana jua engkau berada!” (HR at-Tirmizi)

#Di dalam hadis ini Nabi saw menyebut sebaik-baik bekalan adalah taqwa, keampunan dan dimudahkan urusan dalam memperolehi kebaikan.

#Kemudian, Allah swt memerintahkan dalam ayat diatas agar kita mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

#Sabda Rasulullah saw:

إِنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا؛ قِيلَ وَقَالَ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ

“Sesungguhnya Allah membenci kalian tentang tiga perkara, iaitu; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, menyia-nyiakan harta dan banyak bertanya (tanpa ada keperluan)” (HR Muslim)

#Diriwayatkan oleh Abu Nuaim di dalam Hilyah al-Auliya’:

وَمَنْ كَثُرَ كَلَامُهُ كَثُرُ سَقَطُهُ، وَمَنْ كَثُرَ سَقَطُهُ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ، وَمَنْ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Dan siapa yang banyak perkataannya nescaya banyaklah silapnya. Siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah salah (dosanya). Siapa yang banyak berlaku salah, neraka lebih utama baginya.” (Imam al-Iraqi mengatakan riwayat ini dhaif)

♡Berusahalah untuk menyiapkan bekalan taqwa sebagai bekal untuk di bawa ke negeri akhirat dan jagalah lidah agar hanya mengatakan kebenaran dan menyebarkan kebaikan♡

🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN

bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1974

Leave a comment