MAJORITI KELUARGA PALESTIN TAK MAMPU BERTAHAN JIKA PERINTAH BERKURUNG DILAKSANA

MAJORITI KELUARGA PALESTIN TAK MAMPU BERTAHAN JIKA PERINTAH BERKURUNG DILAKSANA

63 peratus keluarga Palestin tidak mampu menampung perbelanjaan mereka selama sebulan, sekiranya perintah berkurung bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dilaksanakan semula.

Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) melakukan tinjauan ke atas 9,926 isi rumah di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bagi mengenal pasti kesan pandemik berkenaan terhadap keadaan sosial dan ekonomi di Palestin.

Hasil tinjauan mendapati sebanyak 46 peratus keluarga di Tebing Barat dan 38 peratus di Semenanjung Gaza kehilangan pendapatan kira-kira separuh sepanjang perintah berkurung.

Hasil tinjauan juga mendapati, 52 peratus keluarga di Tebing Barat dan 79 peratus lagi di Gaza meminjam wang dan berhutang bagi menampung keperluan asas mereka seperti makanan.

Sumber: Agensi

BANTUAN MUSIM SEJUK

t.me/hadispalestin/993

t.me/hadispalestin/1093

Leave a comment