Tadabbur Kalamullah 17 Safar 1442H

☆Tadabbur Kalamullah 17 Safar 1442H☆

صۤۚ وَٱلۡقُرۡءَانِ ذِی ٱلذِّكۡرِ

“Shaad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran” [Surah Sad 1]

#Surah Shad terdiri daripada 88 ayat dan termasuk surah Makkiyyah. Diturunkan setelah surah al-Qamar. Dinamakan surah Shad sesuai dengan perkataan Shad yang terdapat di permulaan ayat pertama.

#Di dalam surah ini, Allah swt bersumpah dengan al-Quran untuk menunjukkan bahawa al-Quran itu sebuah kitab yang teragung dan sesiapa yang mengikutinya ia akan beroleh kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Juga untuk menunjukkan bahawa al-Quran ialah mukjizat Nabi Muhammad yang menyatakan kebenarannya dan ketinggian akhlaknya.

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَیۡكَ مُبَـٰرَكࣱ لِّیَدَّبَّرُوۤا۟ ءَایَـٰتِهِۦ وَلِیَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar” [Surah Sad 29]

#Antara isi kandungan di dalam surah Shad ini ialah:

1. Dalil tentang kenabian Nabi Muhammad saw yakni baginda mengetahui hal-hal yang hanya dapat diketahui melalui wahyu

2. Kisah penolakan golongan kafir untuk beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad saw

3. Al-Quran adalah pedoman bagi seluruh jin dan manusia

4. Kaum musyrik terpana mendengar pengakuan Nabi saw bahawa Allah itu Maha Esa

5. Tentang rahsia-rahsia kejadian alam semesta

6. Ganjaran nikmat syurga yang dikurniakan kepada orang bertaqwa

7. Gambaran dahsyat seksaan dan azab yang ditimpakan ke atas para penghuni neraka

8. Kisah Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Ayyub

9. Doa Nabi Sulaiman memohon kerajaan yang tidak ada lagi kerajaan seumpamanya

10. Kisah penciptaan Nabi Adam dan kederhakaan Iblis tidak mahu sujud pada Adam.

11. Sumpah Iblis untuk menyesatkan seluruh manusia kecuali orang yang benar-benar ikhlas.

12. Dan pelbagai kisah menarik lagi di dalamnya.

#Disebutkan di dalam kitab Mukjizat al-Quran karya Miftahul Asror Malik, keluaran Galeri Ilmu (m/s 163): “Terdapat satu ayat berupa bentuk doa agar dicukupkan bekalan makanan iaitu ayat 54 dalam surah ini.

إِنَّ هَـٰذَا لَرِزۡقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ

“Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis” [Surah Sad 54]

*Caranya ialah dengan membaca ayat tersebut secara istiqamah dan sebanyak mungkin terutama setelah selesai mendirikan solat samada solat fardhu atau sunat.

♡Di dalam surah Shad ini terdapat pelbagai pengajaran, pelajaran, nasihat, galakan, ancaman, sejarah orang terdahulu yang dibinasakan serta kisah para nabi dan rasul untuk diambil teladan dan dijadikan ikutan. Jom sama-sama kita mendalami ilmu al-Quran agar kita sentiasa berada dalam kebenaran dan dijauhi daripada kesesatan♡

🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN

bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1972

Leave a comment