☆Tadabbur Kalamullah 16 Safar 1442H☆
یسۤ
“Yaa, Siin” [Surah Ya-Seen 1]
#Surah Yasin terdapat 83 ayat dan termasuk surah Makkiyyah. Surah Yasin diturunkan selepas surah Jin. Surah ini dinamakan Yasin kerana diambil daripada lafaz ‘Yasin’ yang terdapat pada ayat pertama.
#Antara kandungan surah Yasin ialah
1. Bukti-bukti adanya hari kebangkitan
2. Al-Quran bukanlah syair buatan manusia
3. Syurga dan sifat-sifatnya yang diperuntukkan bagi orang mukmin
4. Menyucikan Allah daripada sifat-sifat yang tidak layak bagiNya
5. Anggota badan akan bersaksi pada hari kiamat atas segala perbuatan manusia
6. Perihal tiga orang Rasul dan kisah penduduk Anthokiyah
7. Ciptaan Allah berpasang-pasangan
8. Makhluk Allah di angkasa bergerak sesuai garis edar yang ditetapkan Allah dan
9. Pelbagai lagi kisah menarik di dalamnya.
#Terdapat beberapa galakan dan ganjaran bagi sesiapa yang membaca surah Yasin:
1. Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ أَصْبَحَ مغفورا له، ومن قرأ حم التي يذكر فيها الدخان أصبح مغفور له
“Barangsiapa yang membaca surah Yasin di malam hari, maka dia memasuki waktu paginya dalam keadaan mendapat ampunan daripada Allah. Dan barangsiapa yang membaca Hamim yang didalamnya disebutkan tentang ad-Dukhan/asap (maksudnya surah ad-Dukhan) maka ketika dia memasuki waktu pagi dalam keadaan diampunkan dosa baginya” (HR Abu Ya’la. Imam Ibnu Katsir berkata: isnadnya Jayyid (bagus). (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, mukaddimah surah Yasin)
2. Daripada Sayidina Jundub bin Abdillah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ
“Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya” (Sahih Ibnu Hibban)
3. Sebahagian ulamak berkata: “Di antara keistimewaan surah Yasin ini ialah bahawasanya tidaklah surah ini dibaca ketika dalam keadaan sulit melainkan Allah akan memberikan kemudahan kepada orang yang membacanya. Dan sesungguhnya membacakannya disisi orang yang akan meninggal dunia nescaya rahmat dan keberkatan akan turun serta dipermudahkan baginya keluar rohnya. Wallahua’lam. (Lihat Tafsir Ibnu Kathir)
#Imam al-Bazzar meriwayatkan dari Ikrimah, daripada Sayidina Ibnu Abbas r.a berkata, Nabi saw bersabda: “Aku berharap bahawa dia berada di dalam hati setiap orang dari umatku”. (Iaitu surah Yasin).
♡Jom baca, hafaz, faham, tadabbur, dan amalkan surah Yasin di sepanjang kehidupan kita disamping surah-surah ynag lain. Semoga Allah memberkati kehidupan kita serta mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
