Pemimpin Jangan Menyusahkan Rakyat

Pemimpin Jangan Menyusahkan Rakyat

========

1. Ada dikalangan kita yang merungut tentang perebutan kuasa dikalangan pemimpin sehingga menyebabkan kesusahan dialami oleh rakyat. Akibat kerakusan kuasa, rakyat ditimpa musibah.

2. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Rasulullah pernah mendoakan buat setiap pemimpin yang memudahkan urusan umat ini agar diberikan kemudahan oleh Allah. Manakala pemimpin yang menyusahkan urusan umat ini, maka Rasulullah mendoakan kesusahan buat mereka.

2. Bayangkan sekiranya Rasulullah sendiri mendoakan kesusahan buat umatnya? Doa ini tidak lain adalah bagi menunjukkan satu ancaman yang sangat keras ke atas pemimpin umat ini yang menyusahkan rakyat mereka. Dengan sebab itu al-Imam al-Nawawi menjelaskan:

هَذَا مِنْ أَبْلَغِ الزَّوَاجِرِ عَنِ الْمَشَقَّةِ عَلَى النَّاس

“Doa ini adalah sekeras-keras ancaman yang diberikan oleh Rasulullah buat pemimpin yang menyusahkan manusia.” (Sharh al-Nawawi ‘Ala Muslim)

3. Al-Imam al-San’ani pula menegaskan bahawa memudahkan urusan rakyat itu adalah satu perintah yang wajib yang mesti dilaksanakan oleh setiap pemimpin. Kata al-San’ani:

وَالْحَدِيثُ دَلِيلٌ عَلَى أَنَّهُ يَجِبُ عَلَى الْوَالِي تَيْسِيرُ الْأُمُورِ عَلَى مَنْ وَلِيَهُمْ وَالرِّفْقُ بِهِمْ وَمُعَامَلَتُهُمْ بِالْعَفْوِ وَالصَّفْحِ

“Dan hadis ini menunjukkan dalil tentang kewajipan buat para pemimpin agar memudahkan urusan rakyat mereka dan berlaku lembut dengan mereka serta berurusan dengan mereka dengan kemaafan dan berlapang dada.

4. Perbahasan lanjut berhubung hadis-hadis politik turut pernah dimuatkan dalam buku “40 Hadis Tentang Politik dan Kepimpinan.” Bagi yang berminat, boleh dapatkannya melalui link di bawah:

https://bit.ly/2XRZuIi

https://bit.ly/2XRZuIi

https://bit.ly/2XRZuIi

atau Tuan-Puan boleh juga menghubungi nombor dibawah untuk pembelian:

http://wasap.my/601171271927/OrderBuku40Hadis

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

t.me/drahmadsanusiazmi/670

Leave a comment