Saya mengimpikan khutbah Jumaat menjadi sebuah kurikulum pendidikan masyarakat. Disusun dalam kerangka sistematik seperti kurikulum pengajian di sekolah, tetapi mengambilkira tahap pemikiran masyarakat.
Khutbah yang memiliki kesinambungan antara minggu lepas dan minggu depan. Yang merangkumi semua isu-isu masyarakat, dibahagikan kepada minggu-minggu tertentu. Yang mempunyai format kandungan tersusun. Yang mempunyai matlamat akhir jelas sekurang-kurangnya setiap tahun.
Institusi khutbah yang lebih komprehensif, bukan sahaja panel penggubal dan penyemak khutbah, tetapi juga panel pengambilan dan latihan khatib. Panel penggubal kurikulum khutbah di setiap negeri. Panel pemantau keberkesanan khutbah.
Mungkin JAKIM boleh mulakan sebagai kick-start. Kemudian cadangkan kepada negeri-negeri untuk disesuaikan kepada masyarakat masing-masing.
Polemik khutbah tajuk ubat timbul bila orang tak tahu kemana halatuju khutbah nak dibawa. InsyaAllah kalau semua ini ada, orang boleh terima kalau ada tajuk berkait penjagaan kereta sekalipun.
(Alang Ibn Shukrimun)
