Awal abad ke 15 dahulu (hujung dekad 70an kalendar Masihi), rata-rata Ulama’ berpidato menegaskan abad kebangkitan Islam telah bermula. Beberapa siri kebangkitan umat Islam di seluruh dunia pada era tersebut menaikkan lagi semangat pejuang Islam untuk merealisasikan kebangkitan yang dicanang.
Antara yang paling banyak mempertegaskan hal ini adalah al-Marhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang mencetuskan Fenomena Haji Hadi.
Namun musuh Islam juga bertindak menafikan kebangkitan ini. Tempoh ini jugalah, idea memotretkan Islam sebagai pengganas mula direncana. Abad 21 masihi, rencana mula dijayakan.
Antara agendanya, virus post-Islamism ditularkan ke dalam Harakah Islamiah. Memalingkan aspirasi daripada perjuangan menegakkan khilafah yang syumul, kepada norma-norma barat yang menyeleweng. Akhirnya, generasi baru abnaul harakah mulai kabur dengan tujuan harakah Islamiah yang sebenar.
Walaubagaimanapun, ia bukanlah alasan untuk terus menyerah. Fikrah abnaul harakah mesti dipulihkan. Generasi baharu tunas Islam perlu dipelihara, agar kebangkitan Islam abad ini berjaya direalisasikan.
Benar. Khalifah Islamiah akhir zaman pasti akan tertegak sebagaimana janji Rasulullah SAW. Namun ia tidak akan berlaku sekelip mata. Hatta Imam Mahdi juga melalui proses tarbiah (rujuk buku di Bawah Naungan al-Kahfi untuk penjelasan lanjut).
MEMBINA GENERASI KEBANGKITAN ISLAM, adaptasi daripada buku NADI PERJUANGAN adalah sebuah kurikulum asas bagi agenda tersebut. Ianya bersifat lebih neutral agar boleh diterima oleh individu mahupun institusi yang tidak mahu dilihat kepartian.
Jazakallah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang berminat untuk menjadikan buku ini pengisian anak-anak peringkat sekolah. Mulanya mereka memilih NADI PERJUANGAN, namun setelah diperhalusi, kebanyakan institusi pengajian memerlukan buku yang lebih neutral.
Kepada yang berminat untuk dapatkan, boleh ke:
https://shopee.com.my/product/136494605/3737517642?smtt=0.2792624-1601190586.9
Untuk mendapatkan sebagai teks usrah @ ko-kurikulum sekolah, terus berhubung di:
wasap.my/60104646295
