Usah ‘ketar lutut’ dengan MCA
MCA jelas telah dibungkus hidup-hidup oleh DAP dalam PRN di Sabah. 4 daripada 7 kawasan yang ditandingi adalah kawasan tradisi kubu MCA. Manakala 3 yang lain adalah kawasan baharu.
Adalah sangat pelik andai pembesar PN atau MN masih ingin ‘menyedekahkan’ kawasan majoriti Melayu kepada MCA, dipertandingkan untuk kalah.
Contoh yang nyata adalah Kuantan (67%), Alor Setar (64%), Alor Gajah (61%), Padang Serai (59%), mereka kalah di semua 10 kawasan majoriti Melayu kecuali Air Hitam (58%) pada PRU14.
Selepas 2 MP MCA menang dengan ihsan UMNO/BN dan undi orang Melayu, mereka terus palu perjuangan SJKC dan pendidikan vernakular, tolak jawi dan pemerkasaan undang-umdang syariah (untuk umat Islam), tuntut jawatan menteri, CEO GLC dan pelbagai lagi.
Dan mereka terus dapat ! Bertuahnya MCA !
Peliknya, pemimpin politik Melayu ini mendabik dada mengangkat diri sebagai pejuang agama, bangsa dan negara.
Berubahlah ! Atau rakyat akan mengubahnya.
Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]
