Tadabbur Kalamullah 11 Safar 1442H

☆Tadabbur Kalamullah 11 Safar 1442H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu” [Surah an-Nisa’ 597]

 #Berkata Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi rahimahullah: “Suruhan taat kepada pemerintah disertakan dengan ketaatan kepada Allah dan juga ketaatan kepada Rasulullah saw. Hal ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada pemerintah perlulah pemerintah itu didasari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasulullah saw supaya dengan itu masyarakat akan terpelihara dengan keimanan dan daripada penindasan terhadap rakyat di bawahnya. Justeru itu, setiap pemerintah itu dituntut untuk menunaikan amanah dengan sempurna dan setiap pemerintah itu juga dituntut agar mereka sentiasa mentaati Allah dan RasulNya. Sekiranya ini tidak berlaku, maka mereka itu akan digelar sebagai pemerintah yang zalim” (Lihat: Tafsir al-Sya’rawi)

#Pemerintah Muslim yang wajib ditaati ialah mereka yang tidak melakukan kekufuran yang nyata atau menyeru kepadanya (kekufuran). Selagi mana mereka tidak melakukan sedemikian, maka mereka berhak untuk mendapat ketaatan daripada rakyatnya.

#Sabda Nabi saw:

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى المَرْءِ المُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

“(Wajib) dengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap orang Muslim pada apa yang ia suka dan ia benci, selagi mana ia TIDAK diperintah melakukan maksiat, apabila ia diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi dengar dan taat” (HR al-Bukhari)

#Sabda Nabi saw lagi:

خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ، وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ»، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ؟ فَقَالَ: «لَا، مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلَاةَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ، فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ، وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ

“Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka meyintai kamu, mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka. Manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Lalu baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Tidakkah kita boleh memerangi mereka dengan pedang? Baginda bersabda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat bersama kamu. Jika kamu melihat sesuatu yang kamu benci daripada pemimpin kamu, maka bencilah perbuatannya, dan jangan meninggalkan ketaatan (kepadanya)” (HR Muslim)

#Ini menjelaskan jika seseorang pemerintah itu menyuruh kepada kemaksiatan, sebagai rakyat sama sekali tidak dibenarkan untuk memerangi mereka. Tetapi cukup dengan tidak mentaati perintah tersebut serta membenci perbuatan jahatnya itu.

♡Dalam dunia ini, kita akan berdepan dengan pelbagai ragam dan karenah pemerintah. Maka jadikan petunjuk Nabi saw sebagai panduan dan pedoman iaitu hanya taat kepada yang makruf/baik dan jangan sesekali mentaati dalam perkara dosa, kemaksiatan dan kekufuran♡

🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN

bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1966

Leave a comment