Jabatan Kesihatan Johor nafi Kulai zon merah

Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan berita daerah Kulai adalah zon merah yang tular hari ini. - Foto FB JKNJ

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Johor menafikan penularan mesej di media sosial berkaitan daerah Kulai, Johor diisytihar zon merah ekoran mencatat 41 kes positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Aman Rabu, berkata berita tersebut adalah tidak benar.

“Untuk makluman, kita menafikan maklumat tersebut dan ianya adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, masyarakat diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan media di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor, di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatApps menyatakan daerah Kulai menjadi zon merah pendemik COVID-19 dengan catatan 41 kes.

Semakan turut mendapati berita itu pernah disiarkan pada April lalu dan bukan berita terbaru berkaitan pandemik COVID-19.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Johor menafikan penularan mesej di media sosial berkaitan daerah Kulai, Johor diisytihar zon merah ekoran mencatat 41 kes positif COVID-19.
    — Read on www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/736224/jabatan-kesihatan-johor-nafi-kulai-zon-merah

    👇Fake news

    https://vk.com/wall-177757343_2888

    Leave a comment