Tadabbur Kalamullah 9 Safar 1442H

☆Tadabbur Kalamullah 9 Safar 1442H☆

یَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰا۟ وَیُرۡبِی ٱلصَّدَقَـٰتِۗ وَٱللَّهُ لَا یُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِیمٍ

“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa” [Surah al-Baqarah 276]

#Allah swt menyatakan bahawa akan hilang keberkatan harta dan kehidupan bagi sesiapa yang terlibat dengan riba dan harta haram. Keberkatan akan hancur dan hilang disebabkan riba. Keberkatan akan bertambah disebabkan sedekah.

#Di antara bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak). Antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah swt, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal ditimpa ujian yang banyak, seperti di rompak, dicuri, dikhianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul.(Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haythami)

#Berkata Sayidina Ibnu Abbas r.a: “Tidak diterima dari pemakan riba (yang menggunakan harta riba) sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” (Tafsir al-Qurtubi)

#Tinggalkanlah riba kerana ia mengundang kecelakaan dan azab. Jadilah insan yang beriman dan bertaqwa serta banyak bersedekah nescaya alan dilimpahkan keberkatan oleh Allah swt.

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰۤ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوۡا۟ لَفَتَحۡنَا عَلَیۡهِم بَرَكَـٰتࣲ مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan” [Surah al-A’raf 96]

♡Jauhi riba dan harta haram kerana kenikmatan dan kelazatan rezeki (haram) yang didapati itu hanya menjahanamkan kita di akhirat. Carilah rezeki yang halal dan berkatkan rezeki halal tersebut dengan zakat dan sedekah♡

🐊Ust naim

Telegram

Klik link ini untuk JOIN

bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

t.me/tadabburkalamullah/1964

Leave a comment