Perbezaan antara KEGILAAN dan KEBODOHAN.
Seorang lelaki memandu sebuah kereta mewah lalu di hadapan sebuah hospital mental. Tiba-tiba tayar kereta itu bocor.
Ketika sedang mengeluarkan tayar yang bocor, dengan tidak sengaja, ke empat2 skru tayar terjatuh masuk ke dalam lubang.
Dia cuba mengeluarkan skru2 yang masuk ke dalam lubang itu tetapi gagal. Dia panik dan berusaha bersungguh2. Dia kecewa dan kemudian termenung.
Seorang pesakit hospital lalu di tempat beliau dan bertanya apa yang berlaku.
Mula2 dia malas melayan pesakit mental itu tetapi memikirkan dia tidak dapat berbuat apa2 lagi, dia mula bercerita.
Pesakit itu ketawa dan berkata “perkara mudah seperti ini pun tak tahu nak buat. Pakai kereta besar, kerja bagus tapi bodoh”
Pemandu itu tersinggung tapi akur.
Pesakit mental itu beritahu.
“Cuba keluarkan satu skru dari setiap tayar. Gunakan ketiga2 skru tu untuk pasangkan tayar tu. Bawa trak ini jumpa mekanik dan gantikan skru2 yg hilang itu. Senangkan?”
Pemandu itu sangat gembira lalu bertanya. “Kau ni pandai. Kenapa masuk dalam hospital mental?”
Pesakit ini agak marah. “Hello. Walaupun aku ni gila tapi tak bodoh macam kau”
(Sindiran dalam)
