Jajan atau makan ringan memang menggiurkan. Cara pembungkusannya menggoda. Warna diguna menggiurkan.

Jajan atau makan ringan memang menggiurkan. Cara pembungkusannya menggoda. Warna diguna menggiurkan.

.

Tarikan utama pada kanak-kanak. Lambakannya di sekolah. Duti saku diberi diguna membeli jajan ini.

.

Tahun lepas universiti tempat saya belajar dahulu iaitu the Australian National University (ANU) dan Deakin University membuat kajian bersama.

Kedua-duanya mengkaji kesan pengambilan makanan ringan ke atas otak. Berikut adalah dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak:

.

1. Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampi menjadi kecil.

.

2. Mengurangkan hormone BDNF di dalam otak. Tugasnya ialah memelihara sel-sel otak dari rosak.

.

3. Lebih terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan nyanyuk

.

4. Menyebabkan keradangan pada otak dan mengganggu pembentukan memori sekurang-kurangnya 3 minggu setiap kali kita mengambil makanan ringan.

.

Kefahaman dari kajian ini ialah makanan ringan atau jajan merosakkan otak. Kita jadi sukar untuk belajar. Memori gagal terbentuk selama tiga minggu setiap kita berjajan-jajan.

Yang terburuk sekali ianya mengecilkan otak. Lebih buruk otak anak-anak yang sedang membesar. Andai kita pemebrinya, kitalah juga punca bodohnya anak kita.

.

Mahu anak pandai hentikan jajan. Tiada guna pada otak dan badan. Cuma pelingkup kepada msa depan.

.

Tips dan info menarik O.T.A.K di neuroveriti.com

.

#DrRizal

t.me/neuroversiti/950

One thought on “Jajan atau makan ringan memang menggiurkan. Cara pembungkusannya menggoda. Warna diguna menggiurkan.

Leave a comment