China robohkan lebih 16,000 masjid di Xinjiang
Penindasan umat Islam Uighur di Xinjing (baca : Turkistan Timur) bukanlah suatu isu yang baharu sejak negara umat Islam ini dijajah oleh negara komunis China pada 1949.
Ramai umat Uighur yang dibunuh, terutamanya para ulama, pemimpin masyarakat dan para pejuang mereka.
Banyak laporan media dan berita dalaman yang mendedahkan bahawa lebih 2 juta orang ditahan dalam kem tahanan Uighur di seluruh Xinjiang.
Lebih 16,000 masjid telah dimusnahkan di sepanjang penjajahan Turkistan Timur sejak 1949, bahkan namanya telah diubah kepada Xinjiang (Wilayah Baharu).
Projek pembunuhan budaya (cultural genocide) secara sistematik telah berlangsung sejak berdekad yang lalu.
Adakah boleh dipercayai kata-kata manis dan indoktrinasi perjuangan komunis moden hari ini ?
https://www.hmetro.com.my/global/2020/09/624340/china-robohkan-lebih-16000-masjid-di-xinjiang
https://www.indahnyaislam.my/2020/09/china-rancang-bina-380-kem-tahanan-uyghur-penyelidik/

t.me/zainurrashid/998