KURUS DENGAN KETONE ?
Jasad Ketone (Ketone Bodies) adalah sumber tenaga alternatif oleh sel-sel tubuh kita selain daripada glukosa. Kita selalu menyangka bahawa tubuh manusia hanya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga dan makanan yang kita makan semuanya akan menjadi glukosa.
Sebenarnya tubuh manusia ini mampu menggunakan sumber selain daripada glukosa sebagai tenaga dan konsep inilah yang paling tidak di fahami oleh kebanyakan daripada kita.
Jasad ketone dihasilkan oleh organ hati daripada lemak yang kita makan dan ianya akan di hasilkan apabila tubuh kita kekurangan glukosa dan pada waktu yang sama mengalami paras insulin yang rendah. Kebiasaannya jasad ketone ini akan di hasilkan semasa berpuasa, kebuluran dan apabila kita tidak mengambil makanan karbohidrat (ketogenik diet).
Sebenarnya mekanisma penghasilan jasad ketone ini adalah satu cara survival manusia apabila kita mengalami kekurangan makanan atau kebuluran. Manusia masih boleh hidup tanpa gula dan karbohidrat, Cuma masalahnya adalah sangat sukar tidak mengambil karbohidrat lansung dalam pemakanan kita. Karbohidrat adalah sumber utama tenaga bagi sel-sel tubuh manusia. Apabila berlaku kekurangan karbohidrat maka tubuh akan mula menggunakan protin dan lemak sebagai tenaga dan ini akan meningkatkan paras jasad ketone dalam tubuh iaitu keadaan di panggil sebagai ‘ketosis’.
APA ITU JASAD KETONE?
Jasad ketone di hasilkan dalam organ hati terutamanya daripada pengoksidaan asid lemak dan di bawa kepada sel-sel dan organ lain sebagai sumber tenaga terutamanya kepada organ otak yang lebih suka kepada ketone sebagai sumber tenaga.
‘Jasad ketone’ atau ‘ketone’ adalah bahan yang dihasilkan oleh hati semasa proses gluconeogenesis apabila tubuh dalam keadaan kekurangan glukosa dan paras insulin adalah rendah.
Terdapat 3 jenis jasad ketone iaitu :
• Aceto-acetate
• Beta-hydroxybutyrate
• Acetone
Apabila tubuh kita mula menghasilkan ketone maka keadaan itu dipanggil sebagai ‘ketosis’ iaitu keadaan ini berlaku semasa berpuasa, bersenam yang panjang, pemakanan tinggi lemak, semasa bayi (neonatal & infancy) dan semasa kehamilan.
Ketone ini boleh masuk ke dalam sel-sel tubuh kita tanpa memerlukan insulin dan akan bertukar menjadi acetyl CoA untuk menjadi tenaga dalam sel. Oleh kerana itu, jika kita mengurangkan karbohidrat dan menggantikan dengan pengambilan lemak yang lebih tinggi dalam tubuh maka sel-sel tubuh akan tetap mendapat tenaga dan masalah ‘hypoglisemia’ (kurang gula) tidak akan terjadi. Selera makan juga akan berkurangan dan ini akan membantu seseorang turun berat badan. Kerana itulah apabila seseorang mengamalkan makan lemak tinggi dan berpuasa berkala maka berat badan akan turun dengan cepat dan berkekalan kerana ia akan menurunkan paras insulin dan membantu tubuh menjadi dalam keadaan ketosis yang akan membakar lemak yang tersimpan dan juga mengawal diabetes dengan lebih baik .
Ketosis yang merbahaya yang di panggil ‘keto-asidosis’ boleh berlaku kepada pesakit diabetes jenis 1 yang tidak mengambil insulin dan juga pesakit diabetes jenis 2 yang tidak mengawal pemakanan serta masalah rintangan insulin yang teruk. Ia merbahaya kerana keadaan tubuh yang tinggi glukosa (hyperglycemia) tetapi glukosa ini tidak boleh digunakan oleh sel-sel tubuh kita akibat masalah rintangan insulin. Ini menyebabkan tubuh kita mula menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan ia menjadikan tubuh sangat berasid (asidosis) dan gula yang tinggi akan menyebabkan gangguan keseimbangan osmolariti tubuh.Paras insulin yang tinggi akibat masalah rintangan insulin ini menyebabkan keadann metabolisma tubuh menjadi kacau-bilau. Kesannya tubuh akan mula berhenti berfungsi dengan normal dan individu tersebut akan pengsan dan koma akibat sel-sel otak tidak mendapat sumber tenaga yang diperlukan dan ianya perlu dirawat segera jika tidak akan menyebabkan kematian.
Keadaan lain, berlaku ketosis yang merbahaya adalah keadaan yang dipanggil ketotic hypoglycemia kanak-kanak, kekurangan kortikosteroid, kekurangan hormon tumbesaran (GH), intoksikasi alkohol, intoksikasi salicylate dan beberapa keadaan gangguan genetik kepada bayi.
KETOSIS YANG SIHAT
Kepada orang yang sihat, ketone ini adalah sangat baik dan menjadi sebahagian daripada proses metabolisma normal tubuh kita. Ketone adalah sumber tenaga yang amat baik untuk organ otak kita dan menjadi satu keutamaan otak berbanding glukosa. Ketosis yang berlaku dalam keadaan tubuh mempunyai paras glukosa yang rendah dan paras insulin yang rendah juga. Keadaan ini boleh dicapai apabila seseorang berpuasa dengan kaedah PUASA BERKALA (Intermittent Fasting; IF) dan juga semasa tempoh waktu makan mereka makan dengan kaedah rendah karbohidrat serta tinggi lemak.
Ketosis juga berlaku apabila bersenam dengan waktu senaman yang panjang . Keadaan ketosis ini sangat baik untuk tubuh mula membakar lemak tersimpan dan tenaga tambahan ini akan menjadikan seseorang itu sangat energetik (bertenaga). Ini adalah prinsip yang diajar dalam kaedah yang di sarankan konsep pengamalan ‘Diet ketogenik’ dan IF yang akan membantu dalam:
• Mengawal glukosa darah
• Mengawal tekanan darah
• Mengawal dan menurunkan berat badan
• Membakar lemak yang tersimpan terutama lemak di bahagian abdomen (perut) yang menyebabkan masalah buncit perut.
• Memulihkan masalah rintangan insulin
• Memulihkan diabetes
Keadaan ini juga dipanggil sebagai ‘Nutritional Ketosis’ iaitu kita menjadikan tubuh kita dalam keadaan ketosis secara pemakanan dan berpuasa. Paras ketone dalam darah yang selamat adalah di antara 0.5 – 3.0 mmol/L. Paras ketone ini juga boleh di uji dengan penganalisa nafas dan juga melalui ujian air kencing ketone. Oleh kerana itu kita akan membau mulut orang yang berpuasa dengan bau yang ‘masam’ dan kurang enak selepas 6 ke 8 jam berpuasa dan bau ini sebenarnya adalah ‘bau ketone’ yang dikeluarkan oleh paru-paru kita.
Otak kita amat suka dengan ketone ini sebagai sumber tenaga. Ketone dihasilkan oleh organ hati daripada lemak yang kita makan apabila tubuh kita berhenti makan karbohidrat dan berpuasa. Kajian menunjukkan ketone akan terhasil semasa kita tidur 6 ke 8 jam kerana semasa tidur sebenarnya kita berpuasa secara tidak sengaja. Oleh kerana itu bau mulut semasa seseorang baru bangun tidur juga kurang enak dan masam kerana bau ketone yang dikeluarkan daripada paru-paru kita.
Kajian menunjukkan menjadikan tubuh kita dalam keadaan ketosis akan menyebabkan tubuh kita mula membakar lemak degil yang tersimpan di abdomen dan akan menghilangkan perut buncit yang berpunca daripada pengambilan karbohidrat proses secara berlebihan selama bertahun-tahun disamping faktor genetik yang juga ada peranannya mempengaruhi ‘kebuncitan’ perut seseorang.
Kajian menunjukkan, semasa proses ketosis berlaku seseorang akan merasa kerap untuk membuang air kecil kerana organ buah pinggang akan mengeluarkan lebih banyak air dan elektrolit dan ianya adalah sesuatu yang biasa.
Ketone ini juga adalah satu ‘energy booster’ yang sedang di kaji keberkesanannya kepada ahli sukan sebagai sumber tenaga yang lebih baik dan berpanjangan untuk bersukan.
ASID LEMAK MCT DAN KETON
Kajian menunjukkan asid lemak MCT iaitu asid kaproik (C6), asid kaprilik (C8), asid kaprik (C10) dan asid laurik (C12)/monolaurin sangat mudah ditukarkan menjadi ketone oleh hati. Kajian menunjukkan MCT ini sangat cepat diserap oleh usus tanpa memerlukan bantuan hempedu daripada hati. Selepas diserap di usus, MCT ini akan terus dihantar ke hati dan ditukarkan menjadi jasad ketone. Jasad ketone ini pula akan digunakan untuk menjadi tenaga di dalam sel-sel tubuh kita dengan menukarkan nya menjadi Acetyl-CoA dalam sel-sel tubuh. Acetyl CoA juga di hasilkan daripada glukosa. Oleh kerana itu apabila cukup Acetyl CoA daripada ketone di hasilkan , maka sel-sel tidak lagi memerlukan glukosa sebagai sumber tenaga. Acetyl CoA ini akan masuk ke kitaran TCA untuk menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP.
Oleh kerana itu jika seseorang mula mengambil lebih banyak lemak MCT sebagai contohnya minyak kelapa, maka lebih banyak ketone terhasil menjadikan seseorang itu rasa kenyang dan tidak lapar. Ini akan mengurangkan rasa hendak makan atau ‘craving’ kepadamakanan manis. ‘Craving’ akan berlaku apabila seseorang mengambil banyak gula dan makanan proses yang mempunyai indeks glisemik tinggi yang akan mencetuskan perembesan insulin secara berlebihan untuk menurunkan paras glukosa darah. Ini adalah penjelasannya kenapa apabila seseorang mula mengambil lebih banyak minyak kelapa (santan) maka ia akan membantu menurunkan berat badan iaitu konsep yang kita panggil ‘Makan Lemak untuk Membuang Lemak”. Pengambilan lemak lain seperti minyak zaitun, minyak kelapa sawit, mentega, minyak sapi, minyak bijan, minyak kacang dan lemak haiwan juga mempunyai kesan yang sama.
Kaedah yang saya selalu sarankan adalah kaedah pemakanan ‘rendah karbohidrat dan tinggi lemak’ (LCHF) dengan tujuan menjadikan tubuh kita dalam keadaan ‘ketosis ringan’ dan di sokong oleh amalan berpuasa berkala samada puasa basah atau puasan kering (sila rujuk artikel saya tentang puasa berkala). Tujuannya membantu tubuh kita mengawal berat badan dengan lebih baik disamping itu ia juga membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa darah mereka dan boleh sebenarnya memulihkan diabetes sepenuhnya jika di amalkan dengan disiplin dan konsisten. Kaedah ini lebih praktikal untuk jangkamasa panjang dan sesuai dengan amalan pemakanan masyarakat kita umumnya.
DR NORMAN MOHD NORAWI
MBBS (Manipal), MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE
Rujukan:
1. https://en.wikipedia.org/wiki/Ketone_bodies
2. Laffel L. Ketone bodies: a review of physiology, pathophysiology and application of monitoring to diabetes. Diabetes Metab Res Rev. 1999 Nov-Dec;15(6):412-26.
3. Evans, M., Cogan, K.E. and Egan, B. (2017), Metabolism of ketone bodies during exercise and training: physiological basis for exogenous supplementation. J Physiol, 595: 2857-2871. doi:10.1113/JP273185. https://physoc.onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1113/JP273185
4. Abraham R (2015). Ketones: Controversial new energy drink could be next big thing in cycling. Cycling Weekly.
5. Campbell, T. C., & Campbell, T. M. (2006). The China Study. Dallas: Benbella Books.
6. Nelson, D. L., & Cox, M. M. (2008). Principles of Biochemistry. New York: W.H. Freeman and Company.
7. Widmaier, E. P., Raff, H., & Strang, K. T. (2008). Vander’s Human Physiology: The Mechanisms of Body Function (11th ed.). Boston: McGraw-Hill Higher Education.
8. Adams JH & Koeslag JH (1988). Carbohydrate homeostasis and post‐exercise ketosis in trained and untrained rats. J Physiol 407, 453– 461.
9. Balasse EO & Fery F (1989). Ketone body production and disposal: effects of fasting, diabetes, and exercise. Diabetes Metab Rev 5, 247– 270
10. Balasse EO, Fery F & Neef MA (1978). Changes induced by exercise in rates of turnover and oxidation of ketone bodies in fasting man. J Appl Physiol Respir Environ Exerc Physiol 44, 5– 11
11. Burke LM (2015). Re‐examining high‐fat diets for sports performance: did we call the ‘nail in the coffin’ too soon? Sports Med 45 ( Suppl. 1), S33– 49.
12. Clarke K, Tchabanenko K, Pawlosky R, Carter E, Todd King M, Musa‐Veloso K, Ho M, Roberts A, Robertson J, Vanitallie TB & Veech RL (2012). Kinetics, safety and tolerability of (R)‐3‐hydroxybutyl (R)‐3‐hydroxybutyrate in healthy adult subjects. Regul Toxicol Pharmacol 63, 401– 408.
13. Cox PJ, Kirk T, Ashmore T, Willerton K, Evans R, Smith A, Murray AJ, Stubbs B, West J, McLure SW, King MT, Dodd MS, Holloway C, Neubauer S, Drawer S, Veech RL, Griffin JL & Clarke K (2016). Nutritional ketosis alters fuel preference and thereby endurance performance in athletes. Cell Metab 24, 256– 268.
14. Elia M, Wood S, Khan K & Pullicino E (1990). Ketone body metabolism in lean male adults during short‐term starvation, with particular reference to forearm muscle metabolism. Clin Sci (Lond) 78, 579– 584.
15. Fery F & Balasse EO (1988). Effect of exercise on the disposal of infused ketone bodies in humans. J Clin Endocrinol Metab 67, 245– 250
Fahamkan kenapa klu nak Kurus kena makan lemak esp VCO / Monolaurin




