Apa beza antara demensia(nyanyuk) dan Alzheimer?

September adalah bulan kesedaran Alzheimer. Ini adalah inisiatif tahunan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini.

Apa beza antara demensia(nyanyuk) dan Alzheimer?

Demensia bukan penyakit khusus, tetapi tanda-tanda kemerosotan daya ingatan, orientasi, dan kewajaran tindakan. Ia ada pelbagai punca, antaranya: strok, Parkinson, Huntington, Alzheimer, dsb.

Alzheimer pula ada sejenis penyakit yang khusus. Ia adalah penyakit kemerosotan sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan. Ia bukan proses penuaan yang normal.

Penyakit Alzheimer ini adalah salah satu punca demensia yang paling lazim. Sekitar 50-60% pesakit yang mengalami demensia adalah disebabkan oleh penyakit Alzheimer.

Boleh faham, kan?

Antara amalan yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko mengalami Alzheimer di kemudian hari adalah:

◾Elak/berhenti merokok

◾Elak/berhenti minum alkohol

◾Kerap bersenam dan bersukan

◾Jaga tekanan darah dan paras gula

◾Sertai aktiviti sosial/kemasyarakatan

◾Belajar lebih banyak bahasa

◾Banyakkan membaca dan berhobi

◾dan lain-lain.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Jom sihat sepanjang usia!

t.me/NotaDrKamarul/263

Leave a comment