GELOJOH dan TAMAK pada MAKAN dan BERKATA-KATA pada yang SIA-SIA dan KEJI.
“Murad (dikehendaki) oleh agama dengan MAKSIAT BATIN itu daripada segala sifat yang cela ada 10 perkara seperti yang disebut dalam kitab al-Arba’in fi Usuliddin,…
Dua daripadanya ialah “SYARAHUT-TA’AM” iaitu sangat gemar kepada banyak makan (gelojoh dan tamak), dan “SYARAHUL-KALAM” iaitu sangat gemar kepada banyak berkata²nya (yang sia-sia dan yang keji).
Mengemari akan kedua perkara ini akan menyebabkan diri kita tercampak ke dalam Neraka dan menjauh dari Syurga.”
Nota: Maksud “murad” ialah yang dikehendaki.
Kedua bencana ini; iaitu banyak makan dan banyak berkata-kata ini atau bahasa santainya sembang kosong, atau berborak-borak, iaitu sesuatu yang berkaitan dengan apa yang keluar dari mulut, manakala yang satu lagi ialah apa berkaitan dengan apa yang dimasukkan ke dalam mulut iaitu makan dan minum. Maknanya di sini Islam mengajar kita supaya menjaga apa yang zahir masuk ke dalam mulut dan apa yang batin keluar ikut mulut.
Mulut itu laluan antara dua perkara ini, iaitu makan dan apa yang kita cakap. Maka berhati-hatilah dengan apa yang kita bawa masuk ke dalam badan melalui mulut, melampau sangat pun bole menyebabkan kita jatuh sakit.
Wallahu a’lam
#lebaikampung
