☆Tadabbur Kalamullah 7 Safar 1442H☆
وَلَا تَكۡسِبُ كُلُّ نَفۡسٍ إِلَّا عَلَیۡهَاۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةࣱ وِزۡرَ أُخۡرَىٰۚ
“Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)” [Surah al-An’am 164]
#Imam Ibnu Kathir ketika mentafsirkan ayat ini berkata: “Bahawa setiap jiwa itu akan diberi ganjaran berdasarkan setiap amalannya. Jika baik amalannya, maka baiklah pembalasannya. Dan jika buruk amalannya, maka buruklah pembalasannya. Ini kerana, setiap jiwa (manusia) itu tidak akan memikul kesalahan (dosa) orang lain. Hal ini membuktikan akan keadilan Allah swt”. (Rujuk: Tafsir Ibn Kathir)
#Ayat ini menjelaskan mengenai kenyataan pada hari kiamat kelak iaitu berkaitan balasan, ketentuan, dan keadilan Allah swt. Setiap manusia masing-masing akan mendapatkan balasan sesuai dengan amal perbuatannya, jika baik maka akan mendapat kebahagiaan, dan jika buruk maka akan mendapat azab. Bahawasanya seseorang tidak akan menanggung kesalahan orang lain, dan hal ini merupakan salah satu keadilan Allah swt.
#Sayidina Ibnu Mas’ud ketika ditanya tentang hukum menerima jemputan dan hadiah daripada jiran yang merupakan pengamal riba, mereka membenarkan untuk menerima jemputan tersebut dengan alasan dosa akan ditanggung oleh pelaku riba. Sayidina Ibn Masud ketika ditanya:
وجاء رجل إلى ابن مسعود فقال: “إن لي جاراً يأكل الربا وإنه لا يزال يدعوني”، فقال: “مهنؤه لك وإثمه عليه
“Telah datang seorang lelaki kepada Ibn Masud dan bertanya kepadanya: “Sesungguhnya aku berjiran dengan seorang pengamal riba dan dia selalu menjemputku untuk menjamu hidangannya”. Lalu Ibn Mas`ud menjawab: “Hidangan itu harus untuk kamu dan dosanya ditanggung oleh dia (jiran tersebut)”. (Musannaf Abdul Razzaq)
#Hayatilah firman swt ini dan berusahalah untuk melakukan kebaikan sehingga habis nyawa.
إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga…” [Surah al-Isra’ 7]
♡Setiap kejahatan dan dosa yang seseorang itu lakukan, maka dialah yang akan menanggung akibatnya di hari akhirat kelak. Tiada sesiapapun yang akan menanggung dosa dan seksaan diatas kejahatan orang lain. Insafilah!!♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
