SIHAT DENGAN BERAS REBUS/PARBOILED RICE

SIHAT DENGAN BERAS REBUS/PARBOILED RICE

.

Seperti kita semua tahu, beras ada pelbagai jenis dan kelebihan yang berbeza. Lebih-lebih lagi di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang. Antara yang terkenal adalah beras putih untuk nasi berlauk, beras basmathi untuk masak nasi yang berempah, beras pulut dan pulut hitam untuk membuat kuih. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada satu beras yang jauh lebih baik daripada beras putih? Ianya adalah beras rebus.

.

Apa itu Beras Rebus/Parboiled Rice?

.

Beras rebus adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Ini menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ini lebih baik daripada beras perang.

.

Antara khasiat beras rebus ialah :

.

1. Mempunyai kadar glisemik yang rendah

.

Apa itu kadar glisemik? Kadar glisemmik adalah skor yang menunjukkan keupayaan karbohidrat di dalam makanan untuk meningkatkan tahap glukos di dalam darah.

.

Maksudnya disini, lebih tinggi kadar glisemik, lebih tinggi keupayaan untuk gula di dalam darah untuk naik. Menariknya, kadar glisemik nasi rebus ini lebih rendah daripada beras perang. Sememangnya pilihan yang paling bagus untuk orang yang mempunyai penyakit kencing manis dimana mereka harus memantau bacaan gula didalam darah.

.

2. Mempunyai kalori yang rendah

.

Menjaga pengambilan kalori adalah salah satu kunci bagi orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Kalau anda masih mahu memakan nasi akan tetapi risau dengan kiraan kalori, jangan risau lagi kerana beras rebus ini sememangnya rendah kalori. Ini kerana dengan setengah cawan nasi yang dah dimasak, kalori nasi tidak kurang dari 100 kalori. Bukan sahaja bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat, malah ianya pilihan terbaik untuk seisi keluarga untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.

.

3. Kaya dengan vitamin B

.

Selain itu juga, beras rebus ini kaya dengan vitamin B dimana ia sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan vitamin B sangat penting ini kerana ia akan menukar makanan yang dimakan ke tenaga yang diperlukan untuk badan. Dengan memasukkan nasi rebus ke dalam diet harian anda, badan akan mendapat kebaikan daripada vitamin B dengan secukupnya.

.

4. Mineral yang tinggi

.

Beras parboil atau beras rebus ini mempunyai kandungan mineral yang tinggi iaitu kalsium, iron, dan magnesium. Sumber mineral yang mencukupi juga membantu untuk mendapat badan yang sihat. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat serta gigi yang kuat. Pengambilan iron yang cukup juga membantu membawa oksigen ke dalam darah dengan lebih baik.

.

Memang banyak kebaikan serta nutrient yang amat diperlukan untuk badan di dalam beras rebus ini. Jadi jangan ingat kalau anda sedang berdiet, langsung tak boleh makan nasi. Pilih jenis nasi dengan betul dan beras rebus ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan mereka yang ingin diet sahaja, malah beras ini juga baik untuk penyakit kencing manis.

.

#HealthDrZubaidi

HEALTHY WITH BOIL / PARBOILED RICE

.

As we all know, rice has different types and advantages. Moreover in Malaysia, rice is a staple for most people. Among the famous ones are white rice for rice with rice with rice with basmathi rice to cook spicy rice, rice glutinous rice and black glutinous rice to make cakes. But you know, there is actually one rice that is way better than white rice? It’s boiled rice.

.

What is Boiled Rice / Parboiled Rice?

.

Boiled rice is a rice that is boiled / steam first before the skin is removed. This semi-cooked boil makes the skin (husk, bran, etc) rich with fiber and vitamins absorb into rice. This makes it the most nutritious rice and tastes really good. The nutrients of this boiled rice are better than brown rice.

.

Among the benefits of boiled rice is:

.

1. Has low glymic rates

.

What’s a glycemic rate? Glyemmic rate is a score that shows carbohydrate capabilities in food to increase glucose stages in the blood.

.

Meaning here, higher glycemic rates, higher the ability to sugar in the blood to rise. Interestingly, this glycemic rate of boiled rice is lower than brown rice. Definitely the best choice for people with diabetes where they should monitor the sugar reading in the blood.

.

2. Has low calories

.

Maintaining calories is one of the keys for people who want to lose their weight. If you still want to eat rice but worry about calories, don’t worry anymore because this boiled rice is definitely low in calories. This is because with half a cup of cooked rice, calories of rice are not less than 100 calories. Not only good for people who want to lose weight, but it’s the best choice for the whole family to practice a healthier nutrition style.

.

3. Rich with vitamin B

.

Also, this boiled rice is rich with vitamin B where it is needed by the body. Vitamin B intake is very important because it will change food eaten into the energy needed for the body. By putting boiled rice into your daily diet, the body will benefit from vitamin B enough.

.

High 4. Minerals

.

This parboil rice or boiled rice has high mineral content that is calcium, iron, and magnesium. Enough mineral resources also help to get a healthy body. Calcium is very important for healthy bone formation and strong teeth. Enough iron intake also helps bring oxygen into the blood better.

.

There are a lot of benefits and nutrients that are much needed for the body in this boiled rice. So don’t remember if you’re on a diet, you can’t even eat rice Choose the type of rice correctly and boiled rice this is the best option for those who want to lose weight. Not only those who want to diet, but this rice is also good for diabetes.

.

#HealthDrZubaidi

www.facebook.com/185816391438444/posts/3428225840530800/

Leave a comment