SEBAHAGIAN UMMAT ISLAM MEMANDANG SERBAN ITU PERKARA REMEH, TAPI TIDAK PADA MUSUH ISLAM.

SEBAHAGIAN UMMAT ISLAM MEMANDANG SERBAN ITU PERKARA REMEH, TAPI TIDAK PADA MUSUH ISLAM.

Lampiran gambar adalah patung ukiran batu milik FERDINAND @FERNANDO ll yang berdiri sambil dikakinya ada ukiran bentuk SERBAN BERTOPI BULAN SABIT. Ferdinand @Fernando ll adalah Raja Katolik yang terkenal dengan sejarah kekejaman dan kezalimannya. Beliau bersama isterinya Isabella membumihanguskan kota Andalusia (sekarang dikenali dengan panggilan Sepanyol atau Spain).

Di zaman pemerintahannya inilah semua ummat Islam dipaksa meninggalkan agama anutannya, bukan sahaja dilarang mengamalkan Islam tetapi dipaksa pula supaya memeluk agama Kristian. Bahkan juga meninggalkan bahasa Arab, serta pakaian penampilan mereka.

Sesiapa yang tidak murtad meninggalkan Islam, akan mati dibakar hidup hidup atau disiksa dengan kejamnya.

Tahun keji itu dikenali dengan tahun (MAHAKIM ATTAFTISY – محاكم التفتيش). Iaitu tahun di mana ummat Islam yang menetap di Andalusia, dipaksa untuk membuat pilihan, sama ada mahu memeluk agama Kristian, atau disiksa dengan kejam dan berakhir dengan kematian.

Dari 2 Januari 1492, merupakan tarikh bersejarah kejatuhan kota Andalusia ke tangan Ferdinand ll. Dan juga merupakan kerajaan Islam terakhir di semenanjung terkenal itu.

Digambar ini, diukirnya bentuk serban yang bersimbolkan Bulan Sabit ke atas dan berada bawah di kaki Ferdinand ll. Sebagai tanda simbolik yang Kristian berjaya menghalau atau menewaskan ummat Islam di kota Andalusia setelah menguasainya ratusan tahun.

Kemudian sekarang ini, ntah dari mana datangnya orang yang sakit otak, kurang siuman mendakwa Islam itu tersebar dengan pedang dan kekerasan? Padahal sejarah membuktikan Islam tidak pernah memaksa secara paksa mana-mana manusia memeluk agama Islam dengan mata pedang di hujung tengkok. Islam itu tidak mengazab manusia atau tidak juga memaksa.

Bahkan sesungguhnya, pada diri manusia itu sendirilah sebenarnya yang terpaksa untuk memilih jalan antara hidup dengan Islam atau kufur. Kerana tinggi dan mulianya ajaran yang terkandung di dalamnya… golongan kafirun menghasut ummat Islam yang fasik apatah lagi yang munafik dengan mendakwa Islam tersebar melalui peperangan.

Golongan kafir yang selalunya yang memerangi manusia yang tidak mahu mengikuti kesesatan mereka, sedangkan baginda Rasulullah saw diutuskan bukan untuk membunuh jiwa. Baginda saw tidak datang menumpahkan darah sewenang-wenangnya tanpa alasan.

Baginda saw tidak datang bagi menghancurkan impian manusia. Kaum kafirun yang sengaja menuduh dengan fitnah bahawa Islam membuka kota-kota besar dengan pedang.

Kredit : Fazlina Zahari

Sunting : #lebaikampung

www.facebook.com/128718040563915/posts/2858204344281924/

Leave a comment