Pernah tak rasa sedih tiba tiba. Rasa sayu. Tak ada sebab apa apa. Rasa tu muncul tiba tiba.

Pernah tak rasa sedih tiba tiba. Rasa sayu. Tak ada sebab apa apa. Rasa tu muncul tiba tiba.

.

Saya masih lagi ingat waktu tu. Waktu tu saya duduk dengan mendagu di atas dua lutut. Tengok kapal terbang berlepas dan mendarat.

.

Setiap kali naik turun kapal terbang, bergegar zink dinding kat rumah.

.

Saya tak tahu apa yang kena waktu th. Tiba-tiba diserang rasa sedih. Tak ada punca apa pun.

.

Mungkin sebab tengok kapal terbang naik tinggi lepas tu kecil dan hilang. Mungkin hilang tu beri makna sendiri kat saya time tu.

.

Bila sedih macam tu biasalah orang akan cari emak. Saya pun sama.

.

Saya tengok mak tengah duduk sorang sorang. Buat kerja dia.

.

Malu pun ada nak jumpa dia. Terfikir nanti kena marah pula. Atau kena …. macam macamlah dalam kepala

.

Kaki pula rasa berat nak melangkah. Dalam teragak agak tu tiba tiba dapat kekuatan. Terus saja saya pergi.

.

Biasanya kalau nak mengadu ni emaklah tempatnya. Dengan bapa susah sikit. Silap mengadu boleh melekat kat dinding macam spiderman.

.

Emak saya ni bukanlah kaunselor. Bukan ahli psikologi. Tapi hikmah fikir dia tinggi. Kata kata dia masuk dalam hati.

.

Dia sekolah pun tak tinggi. Sekadar tamat darjah 1 saja. Kata Tok saya dulu emak saya ni pandai tapi berkorban berhenti belajar.

.

Dia buka laluan buat adik-adik belajar. Dia tolong tok kat rumah.

.

Masa saya mengadu rasa sedih hati ni mak tadah telinga saja. Dia dengar dan angguk. Habis saya cerita dia usap kepala saya. Bila dia sentuh saja deras rasanya air mata ini mengalir.

.

Malu. Sedih. Sayu satu persatu datang bertamu.

.

Bila dah surut sikit hujan air mata saya ni mak ajak keluar. Dia sebut “cuba tengok ke arah matahari. Bila kita menghadap cahaya, bayang hitam akan tertinggal di belakang.”

.

Saya pun pandang ke arah matahari. Ya. Bayang hitam duduk kat belakang. Saya tahu bab bayang ni. Tapi kata kata mak sebabkan apa yang saya faham pasal bayang hitam dan cahaya berubah.

.

Hikmah dia berbeza.

.

Sekelip mata hilang sayu hati. Rasa sedih jiwa terangkat. Yang menusuk masuk adalah cahaya.

.

Hebat hikmah dari sang ibu. Semenjak itu apabila awan kelam menjadi selubung, saya hadap ke depan. Cari cahaya.

.

Biar si bayang hitam kembali ke belakang. Kalau kita belakangi matahari kita akan nampak bayang sahaja di depan. Mungkin panjang bayang itu.

.

Itu dulu. Saya tidak tahu kenapa usia remaja perasaan turun naik. Macam yo yo.

.

Sekarang sudah tahu.

.

Ketika remaja sistem limbik – pusat emosi agak rancak berpesta. Lebih hebat pestanya di amygdala. Walau sebesar almond, kuasanya luarbiasa.

.

Sekarang ni, bahasa ini juga saya guna dengan anak anak. Masa anak-anak dilanda pesta limbik dan amygdala cergas bernyala, saya akanpesan:

“Anakku, hadaplah ke arah cahaya. Biarkan bayang hitammu kembali ke belakang.

.

Ini asalnya nukilan seorang anak. Dari legasi seorang ibu. Hari ni nukilan ini dari seorang ayah. Tanda kasih seorang ibu yang kini jadi tanda kasih ayah dipanjangkan pada anak-anak.

.

#DrRizal

t.me/neuroversiti/947

Leave a comment