PERGINYA TOKOH ULAMA SYAM

PERGINYA TOKOH ULAMA SYAM

Saya dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh ulama’ dan ahli hadith terkenal pada masa kini iaitu Syeikh Prof. Dr. Nuruddin ‘Itr.

Beliau dilahirkan pada tahun 1937 di bumi Halab, Syria. Antara gurunya yang terkenal adalah Syeikh Mustafa Mujahid, Syeikh Muhammad Muhammad al-Samahi, Syeikh Muhammad Muhyiddin ‘Abd al-Hamid dan yang banyak memberi kesan dalam hidupnya adalah Syeikh Abdullah Sirajuddin.

Saya pernah mendengar beberapa kali mengikuti pengajiannya di kota Syam ketika di Majma’ Ilmi Damsyik. Beliau adalah seorang yang terkenal dengan ketokohan dalam ilmu hadith. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama para solihin dan ulama’.

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

Datuk Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri

t.me/hadispalestin/1067

Leave a comment