MADU ASLI & KELEBIHANNYA KEPADA KESIHATAN

MADU ASLI & KELEBIHANNYA KEPADA KESIHATAN

Madu asli adalah madu yang berkhasiat kepada kesihatan. Terdapat madu yang di jual di pasaran yang seenarnya madu palsu yang dibuat menggunakan gula merah dan cuka epal.

Terdapat juga madu yang dijual di pasaran adalah madu asli, tetapi ianya di campurkan gula atau ia di proses dengan di panaskan dan di tapis secara halus (ultra filtered) yang mana ini akan menyebabkan khasiat madu tersebut berkurangan.

Madu asli adalah madu yang tidak di panaskan dan tidak di tapis secara halus dan kesannya ia menyebabkan kandungan nutrisi dan zat asalnya kekal dan boleh menjadi satu bentuk makanan yang sangat berkhasiat dan membantu pemulihan tubuh.

Madu boleh menjadi pemanis asli pengganti kepada gula jika digunakan dengan betul dan konsisten. Terdapat banyak kelebihan madu asli kepada kesihatan berdasarkan kajian santifik yang kukuh dan terkini.

Diantara kelebihan madu asli adalah :

1. MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN Kajian menunjukkan pengambilan madu asli boleh membantu menurunkan berat badan. Kajian oleh San Diego State University menunjukkan penggantian gula dengan madu akan membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak dalam tubuh. Ia juga membantu menurunkan paras glukosa darah.

Keputsuan kajian juga menunjukkan pengambilan madu akan menurunkan paras trigliserida berbanding dengan gula. Satu lagi kajian yang di jalankan di University of Wyoming,USA menunjukkan madu asli boleh mengaktifkan hormon yang menurunkan selera makan.

Kajian RCT yang mengkaji hormon untuk selera makan dan respon glisemik ke atas 14 orang peserta kajianyang tidak gemuk , di berikan madu atau gula menunjukkan kumpulan yang mengambil madu akan di lindungi daripada masalah obesiti.

2. MEMBANTU MENGAWAL DIABETES Pengambilan madu asli boleh mengurang risiko mendapat penyakit diabetes dan juga membantu pesakit diabetes untuk mengawal penyakitnya dengan lebih baik. Pengambilan madu asli dengan serbuk cinnamon juga boleh mengawal paras glukosa dengan baik kepada pesakit diabetes dan juga boleh mengurangkan masalah bengkak gusi dan jerawat .

Berdasarkan satu kajian di Dubai, pengambilan madu akan menyebabkan peningkatan paras glukosa yang jauh lebih rendah berbanding dengan pengambilan dekstros dan sukrosa (gula pasir). Dengan menggabungkan pengambilan madu dengan serbuk kayu manis akan menyebabkan paras glukosa menjadi lebih rendah kerana serbuk kayu manis akan menurunkan indeks glisemik madu tersebut. Madu asli meningkatkan insulin dan menurunkan paras glukosa darah.

Pengambilan setiap hari sedikit madu dan di campurkan dengan serbuk kayu manis sebenarnya sangat baik kepada pesakit diabetes mengawal penyakit mereka dan boleh menjadi sebahagian daripada pelan pemakanan diabetes.

3. SUMBER TENAGA SEMULAJADI UNTUK BERSENAM Madu asli adalah sumber tenaga yang baik kerana kandungan gula semulajadi (80%), air (18%), mineral, vitamin, pollen dan protin (2%). Madu boleh dikatakan makanan sempurna dan bertenaga tinggi yang sangat baik untuk kesihatan. Ia membekalkan tenaga segera dan mudah di hadamkan serta akan di simpan dalam hati sebagai glikogen yang menjadi tenaga simpanan yang boleh digunakan bila-bila masa jika perlu.

Satu kajian oleh University of Memphis Exercise & Sports Nutrition Laboratory telah menunjukkan madu adalah makanan berkarbohidrat terbaik yang boleh diambil sebelum bersenam. Kajian juga menunjukkan pengambilan madu adalah lebih baik daripada pengambilan glukosa yang banyak di gunakan dalam minuman tenaga atau makanan gel tenaga.

Penggunaan madu asli oleh atlit sukan adalah sangat baik untuk sumber tenaga dan juga pemulihan selepas bersenam. Kandungan khasiat anti oksidan dan vitamin serta mineral akan membantu atlit menjadi lebih sihat dan kuat.

4. SUMBER ANTI OKSIDAN YANG BERKUASA Kajian menunjukkan pengambilan madu asli akan meningkatkan jumlah anti oksidan dalam tubuh kita. Anti oksidan penting untuk melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Ia juga penting untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh kita.

Madu asli kaya dengan bahan anti oksidan polifenol yang merupakan anti oksidan yang sangat berkuasa yang akan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Dalam satu kajian yang melibatkan seramai 25 orang peserta yang mengambil 4 sudu besar madu asli setiap hari selama 29 hari dan mereka ini makan seperti biasa.

Sampel darah di ambil pada permulaan kajian dan di penghujung kajian. Penyelidik mendapati terdapat kaitan secara lansung dengan pengambilan madu asli dengan paras anti oksidan polifenol dalam darah. Kajian lain juga menunjukkan bahawa madu asli sangat kaya dengan bahan anti oksidan flavonoid iaitu Pinocembrin, Pinostrobin dan Chrysin.

Kajian menunjukkan bahawa bahan Pinocembrin ini menyokong aktiviti enzim dan juga dalam proses apoptosis iaitu kematian sel secara berprogram kepada sel-sel kanser. Kajian makmal menunjukkan chrysin boleh meningkatkan hormon testosterone dan meningkatkan pertumbuhan otot-otot.

5. MEMBANTU MERAWAT LUKA/ ULSER Madu asli sangat baik untuk merawat luka dan ulser kronik. Terdapat banyak kajian menunjukkan kelebihan madu membantu dalam pemulihan luka kerana ia bersifat anti bakteria dan menggalakkan pemulihan luka.

Kajian juga menunjukkan madu memberikan reaksi dengan cecair tubuh untuk menghasilkan bahan ‘hidrogen peroksida’ yang membantutkan pembiakan kuman bakteria. Jumlah hidrogen peroksidan yang terhasil daripada madu asli ini adalah sedikit dan tidak menyebabkan kerosakan kepada sel-sel normal tubuh manusia .

Kajian menunjukkan madu juga sangat baik dan efektif dalam merawat luka melecur akibat terbakar. Madu di letakkan terus kepada luka melecur dan balutan luka di biarkan selama 24 ke 48 jam.

Ada juga balutan yang di biarkan selama 25 hari. Kajian juga menggunakan madu dengan minyak sapi di buat di 4 hospital di Mumbai, India untuk merawat luka yang terjangkit kuman sejak tahun 1991.

Kajian juga di buat di Universiti Malaya yang merawat luka ulser diabetes dengan madu yang di campur dengan gula pasir yang menunjukkan hasil yang positif dan ulser sembuh dengan lebih cepat dan jangkitan terkawal.

Kajian di UIA juga menunjukkan penggunaan madu dalam rawatan ulser diabetes di bandingkan dengan penggunaan povidone iodine dan kesimpulannya menunjukkan madu juga adalah sama efektif.

Madu juga di gunakan dalam pelbagai jenis luka atau ulser dan di dapati penggunaan madu akan mengurangkan saiz, rasa sakit dan bau luka ulser tersebut .

6. MEMBANTU MENGAWAL MASALAH ALAHAN/ALLERGI Madu asli mengandungi ‘bee pollen’ atau ‘debunga lebah’ adalah sangat baik untuk melawan jangkitan kuman. Ia membantu melegakan masalag alahan atau allergi dan meningkatkan imuniti tubuh.

Madu ini membantu merawat masalah allergi dengan kaedah immunoterapi. Apabila lebah itu hinggap di antara bunga ke bunga yang akan akan masuk juga ke dalam madu yang di ambil.

Apabila anda makan madu maka anda akan mengambil sekali bahan debunga yang boleh menyebabkan allergi dan secara tak lansung akan men’sensitized’ sistem imuniti tubuh. Ia akan menyebabkan simptom allergi berkurangan dengan syarat kita mengambil madu daripada tempat yang kita tinggal.

Dalam satu kajian tahun 2013 di UIA menunjukkan pengambilan madu dengan jumlah yang banyak iaitu 1 gram untuk setiap kilogram berat badan setiap hari akan menghilangkan simptom allergi dalam tempoh 8 minggu.

Penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengambilan madu memulihkan simptom allergi hidung (allergic rhinitis) yang menyebabkan hidung berair, bersin dan gatal hidung. Pengambilan satu sudu madu setiap hari akan bertindak seperti ubat allergi dengan syarat madu yang diambil adalah jenis yang asli dan mentah dan bukannya madu yang di proses.

7. MEMBANTU TIDUR YANG NYENYAK Madu menyokong tidur yang nyenyak dan menyihatkan. Ia membantu tidur seseorang dengan cara mengambil madu sebelum tidur dan akan di simpan dalam organ hati sebagai glikogen dan mencegah masalah kekurangan glukosa semasa tidur dan mengganggu fungsi otak yang menyebabkan seseorang terjaga.

Madu juga akan meransangkan perembesan hormon melatonin dalam otak yang penting untuk tidur yang nyenyak dan merehatkan

net/profile/Abdul_Sulaiman/publication/23399319_A_comparative_study_between_honey_and_povidone_iodine_as_dressing_solution_for_Wagner_type_II_diabetic_foot_ulcers/links/0fcfd50f76257becfb000000.pdf

16. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-honey/art-20363819

17. Asha’ari ZA, Ahmad MZ, Jihan WS, Che CM, Leman I. Ingestion of honey improves the symptoms of allergic rhinitis: evidence from a randomized placebo-controlled trial in the East coast of Peninsular Malaysia. Ann Saudi Med. 2013;33(5):469-475. doi:10.5144/0256-4947.2013.469

18. https://dailyhealthpost.com/honey-promotes-sleep/

19. https://draxe.com/health/home-remedies-cough/

20. Oduwole O, Meremikwu MM, Oyo-Ita A, Udoh EE. Honey for acute cough in children. Cochrane Database Syst Rev. 2012;(3):CD007094. Published 2012 Mar 14. doi:10.1002/14651858.CD007094.pub3

.

t.me/drnormannorawi/452

Leave a comment