ISRAEL ROBOHKAN LAGI RUMAH PALESTIN, LUASKAN PENEMPATAN HARAM

ISRAEL ROBOHKAN LAGI RUMAH PALESTIN, LUASKAN PENEMPATAN HARAM

BAITULMAQDIS – Jentolak Israel didapati memusnahkan penempatan Palestin di selatan Nablus yang diduduki pagi ini, sebagai salah satu usaha memperluas penempatan haram Yahudi.

Salah seorang pegawai Palestin yang bertanggungjawab atas urusan penempatan di Tebing Barat Utara, Ghassan Daghlas berkata, tindakan itu dilakukan sehari selepas rejim Zionis dan penduduk haram menghalang penduduk kampung Jalud merebut kembali tanah milik mereka dan pembinaan jalan pertanian.

Awal tahun ini, Israel melalui projek penempatan Shvut Rachel merancang untuk membina 204 unit rumah haram secara berperingkat. 

Sumber: Agensi

BANTUAN MUSIM SEJUK

t.me/hadispalestin/993

t.me/hadispalestin/1075

Leave a comment