Hari ini saya kongsi LIMA perkara yang saya selalu buat di waktu pagi. 5 perkara ini bantu saya untuk berada pada tahap energi tinggi.

Hari ini saya kongsi LIMA perkara yang saya selalu buat di waktu pagi.

5 perkara ini bantu saya untuk berada pada tahap energi tinggi.

1. Bangun awal. Untuk bangun awal kena tidur awal. Otak akan di’recharge” secara otomatik. Kita lebih bertenaga. Ikut kajian kita akan ada sikap yang positif.

2. Buat pernafasan yang betul. Caranya tarik nafas menggunakan hidung sebanyak 5 saat atau kiraan 5. Pastikan perut kita mengembung. Tahan selama 2 saat. Lepaskan nafas melalui mulut pada kiraan 8. (5-2-8)

3. Berzikir di awal pagi. Berzikir memindahkan aktiviti otak dari bahagian kanan frontal cortex (letaknya di belakang dahi kita) ke bahagian kiri. Bahagian kanan Frontal Cortex adalah tempat letaknya stress atau tekanan. Bahagian kiri letaknya rasa tenang dan santai.

4. Sedikit senaman. Walaupun senaman ringan ia mampu meningkatkan hormone serotonin dan endorphin. Kedua-dua memberi mood yang baik kepada kita. Tak perlu lagi minum kopi atau teh tarik lagi.

5. Makan sarapan yang berkhasiat kepada otak. Sarapan sihat semudah mengambil roti wholemeal, telur dan sedikit buah-buahan. Orang yang tidak mengambil sarapan lebih terdedah kepada mendapat kolesterol tinggi.

Boleh ikut kalau baik untuk tuan/puan. Boleh share kalau tuan/puan fikir boleh beri manfaat pada yang lain.

.

P/S : Tuan/Puan berminat untuk kuasai Teknik Yang Terbukti Berkesan Bagi Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 Minit dan Speed Otak 9X Dari Sebelum Ini?

Klik

→https://neuroversiti.com/neurohealth

t.me/neuroversiti/948

Leave a comment