☆Tadabbur Kalamullah 6 Safar 1442H☆
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَیَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَیُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِینَهُمُ ٱلَّذِی ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَیُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنࣰاۚ یَعۡبُدُونَنِی لَا یُشۡرِكُونَ بِی شَیۡـࣰٔاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَ ٰلِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka” [Surah an-Nur 55]
#Kepimpinan adalah suatu amanah yang besar serta menjadi kewajipan untuk melaksanakannya dengan penuh rasa tanggungjawab.
Allah swt memberi tanggungjawab yang berat kepada pemimpin sebagai satu amanah bagi membawa golongan yang dipimpin mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Semakin tinggi jawatan kepimpinan yang disandang, semakin banyaklah tanggungjawab mesti dilunaskan.
#Allah swt menjelaskan bahawa hanya keimanan dan ketaqwaan menjadi penyelamat dan mereka yang beriman saja dijanjikan sebagai pewaris kepada kekuasaan di atas muka bumi ini.
#Disebabkan urusan kepimpinan ini suatu yang membebankan maka kita dilarang untuk meminta jawatan apatah lagi menjadi manusia yang gila kuasa.
#Diriwayatkan dua orang lelaki pernah bertemu Rasulullah saw lalu meminta supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rasulullah saw menegur dan berkata kepada mereka dengan tegas:
إِنَّا لاَ نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ، وَلاَ مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ
“Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh-sungguh mendapatkannya” (HR al-Bukhari)
#Sejarah membuktikan bahawa Baginda Rasulullah saw tidak pernah melayan permintaan sahabat terhadap sesuatu jawatan. Oleh itu, sebaik-baik pemimpin adalah mereka yang diminta untuk menguruskan urusan masyarakat bukannya mereka yang menawarkan dirinya untuk menjadi pemimpin.
#Sabda baginda saw: “Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan” (HR al-Bukhari)
#Imam Abu Daud al-Sijistani hafizahullah berkata: “Sifat dan sikap gila kuasa sebagai salah satu daripada penyakit atau menggelarkannya sebagai syahwat yang tersembunyi.
قيل لأبي داود السجستاني: ما الشهوة الخفية؟ قال: حب الرئاسة.
“Abu Daud pernah ditanya berkenaan apa yang dimaksudkan dengan nafsu syahwat yang tersembunyi ini? Lalu dia berkata: “(Mereka yang) cintakan kuasa”.
♡Jelas Allah swt menyatakan bahawa pewaris pemerintahan dibumi ini adalah bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Ingatlah bahawa mereka yang gila kuasa dan meminta-minta jawatan tidak akan mendapat pertolongan manusia dan bantuan daripada Allah swt♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
