DOC, DIET APA YANG TERBAIK?
Alhamdulillah. Ramai yang ikut cara jaga pemakanan yang saya tunjukkan dan ambil suplemen saya dapat syorkan. Mereka dapat kurangkan berat badan dan mengawal penyakit mereka dengan baik. Terutama yang sudah berusia 40an, yang tidak mampu lagi melakukan aktiviti yang agresif.
Suplemen yang terbaik adalah suplemen diperlukan oleh tubuh kita. Jika kita rasa kebas, ambillah banyak vitamin E dan vitamin B kompleks. Jika kekurangan darah merah, ambillah folate dan zat besi. Bagi yang sering demam selsema, elok ambil vitamin C.
Kalau kita sentiasa mengambil suplemen akan membantu kita lebih bertenaga. Pilih suplemen yang sesuai dan diperlukan oleh tubuh.
Saya malas nak screenshot pengakuan rakan FB sbb nanti kata saya jual testimoni pula. Yang sudah berjaya saya ucapkan tahniah. yang belum berjaya, teruskan usaha. Insya Allah kita akan sihat bila kita berusaha.
Saya juga tak pernah paksa sesiapa mengikut cara diet saya atau mengatakan diet yang saya amalkan adalah diet yang terbaik. Doktor lain mungkin akan mencadangkan diet pemakanan yang berlainan. Ikutlah yang mana bersesuaian. Kita bukan nak ubah agama pegangan kita, kita hanya mahu ubah cara pemakanan yang serasi dengan kita.
Alhamdulillah, diet saya adalah diet banyak sayur dan buah segar, kurang refined carbo, kurangkan saturated fat dan kurangkan transfat. Ambil minyak sihat iaitu minyak zaitun. Ini adalah ciri Diet Mediterranean yang diakui diet yang sihat.
Pilihan saya adalah minyak zaitun OLIVIE dari Morocco.
#oliviedrzubaidi
#oliviepowerupdrzubaidi
#meditteraneandietdrzubaidi

