CERITERA OLIVIE PLUS 30X
Orang cakap bila dah rasa Musang King dah tak nak rasa yang lain. Betul ke?
Lemak, manis, pahit, gebu dan cair dalam mulut. Feel time makan tu macam heaven. Nikmat tak terkata.
Ye la, benda mahal selalunya macam tu la. Satu kepuasan peribadi bagi yang dapat menikmatinya. Makan pun perlahan-lahan sambil layan setiap suapan yang meletuskan kegembiraan.
Macam tu juga dengan pohon zaitun, pohon yang barokah. Ada pelbagai jenis spesis ditemui dan hidup di kepelbagaian rupa bumi, iklim dan cuaca. Jadi bila ada yang cuba mengatakan semua minyak zaitun adalah sama, jelas mereka tidak memahaminya. Sedangkan durian pun ada pelbagai jenis dan nama.
Di Itali, antara pengeluar utama minyak zaitun terdapat 633 jenis pohon zaitun boleh ditemui manakala di Sepanyol direkodkan mempunyai 410 jenis pohon zaitun..
Kepelbagaian jenis pohon ini wujud kerana tidak semua pohon zaitun mampu bertahan terhadap setiap jenis cuaca, jenis tanah, dan persekitaran tempat ianya ditanam.
Sebagai contoh, terdapat jenis pohon zaitun yang dapat bertahan dan subur di kawasan yang lembab dan berlumut, tetapi ada jenis pohon zaitun yang tidak dapat bertahan dalam keadaan seperti itu.
Sebut tentang minyak zaitun asli extra virgin, Maghribi tidak dapat dipisahkan. Morocco atau Maghribi, pengeluar kedua terbesar untuk minyak zaitun (table olives – minyak zaitun yang digunakan sebagai dressing masakan) dan berada di kedudukan ke-6 dunia untuk keseluruhan. Kawasan penanaman utamanya adalah di sekitar Marrakech, Casablanca, Meknes dan Fez.
Dari ratusan jenis pohon zaitun dan pengeluar, Olivie Plus 30x adalah antara yang sering menjadi bualan dan dicemburui pesaing. Kira macam selalu jadi topik untuk dibawangkan la.
Kenapa begitu?
Nak tahu lebih lanjut?
Nantikan perkongsian seterusnya.

