Bersama Perdana Menteri Palestin

Bersama Perdana Menteri Palestin

Alhamdulillah, saya merasa cukup bertuah kerana berpeluang untuk bertemu dengan tokoh hebat ini, Sheikh Ismail Haneya pada Mac 2013 yang lalu di Gaza, Palestin.

Saya telah diamanahkan untuk mengetuai rombongan 6 orang doktor pakar bedah dari Malaysia yang menyertai Misi Perubatan ke Gaza yang dianjurkan oleh Aman Palestin.

Alhamdulillah dalam tempoh 10 hari, kami berjaya melakukan 28 pembedahan major bersama doktor-doktor pakar bedah dari Palestin sendiri.

Saya berpeluang untuk bertemu dengan Ismail Haneya, Perdana Menteri Palestin yang hanya tinggal di rumah ‘marhein’ bersama penduduk Palestin yang lain di sebuah kem pelarian berdekatan pantai Gaza.

Hati saya dan tentunya ramai di kalangan teman kenalan semua, pastinya dekat dengan perjuangan rakyat Palestin.

Semoga Allah memberkati perjuangan mereka untuk membebaskan Masjid al Aqsa dan memerdekakan bumi Palestin yang telah dijajah regim Zionis Israel sejak 15 Mei 1948.

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

t.me/zainurrashid/992

Leave a comment