Tarikh 16 September, Syahidnya Umar Mukhtar As-Sanusi.
Pada hari Rabu pagi, 16 September 1931 tepat pukul 9 pagi, penjajah Itali telah melaksanakan hukuman mati di tiang gantung terhadap Al-Mujahid Syeikh Pahlawan Jihad Umar Mukhtar As-Sanusi.
Ketika As-Syahid Umar Mukhtar As-Sanusi hendak digantung, pesawat terbang Itali telah terbang dalam keadaan rendah dengan bunyi yang sangat nyaring dan bising. Ini supaya agar para penduduk tidak dapat mendengarkan ucapan terakhir dari Singa Padang Pasir ini. 20,000 ribu rakyat Libya telah menyaksikan peristiwa ini. Mereka bangga dengan pengakhiran Umar Mukhtar As-Sanusi.
Inilah tarikh keramat yang banyak dipilih oleh pemimpin-pemimpin untuk dijadikan permulaan sesuatu peristiwa. Tapi tidak kepada Umar Mukhtar As-Sanusi, tarikh inilah beliau pulang mengadap Allah dengan tali gantung sebagai saksi kesyahidannya.
Tenanglah jiwa yang telah menunaikan tanggungjawab selaku seorang Muslim. Negara-negara Islam mengimpikan anak-anak yang lahir menjadi seperti Engkau.
“Aku boleh hilang harta, aku boleh hilang keluarga, aku boleh hilang saudara, aku masih boleh bersabar, Tetapi aku tidak sanggup kehilangan jalan perjuangan ini (Islam), ambillah apa sahaja milik dunia tetapi bukan perjuangan ini.”
[Syeikh Umar Mukhtar – Lion Of The Desert]
Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al-Linggi
16 September 2020
Malaysia
Sumber : FB Ustaz Ahmad Lutfi Al-Linggi
Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama
t.me/kalam_ulama
#kalamulama

t.me/kalam_ulama/4439