Dekatilah ulama yang muttaqqin

Dekatilah ulama yang muttaqqin, sebab bergaul dengan mereka dapat mendatangkan barakah. Janganlah kamu dekati ulama yang tidak mengamalkan ilmunya, sebab bergaul dengan mereka dapat menimbulkan ‘aib. Bila kamu berhubungan erat dengan orang yang lebih taqwa dan lebih banyak ilmunya daripadamu, maka kamu akan mendapat barakah daripadanya. Bila kamu bergaul dengan orang yang lebih tua umurnya daripada umurmu, tapi ia tidak bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla, maka pergaulanmu itu akan menimbulkan ‘aib. Beramallah kerana Allah Azza Wajalla, jangan beramal kerana selain-Nya. Beramal kerana selain-Nya adalah syirik.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani قدس الله سره dalam Fath Ar-Rabbani ~

* Bergurulah dengan guru yang berpegang teguh dan berpandukan aqidah yang benar (ASWJ). Jika selain daripada itu, maka tinggallah.

#KalamUlama

t.me/KalamParaUlama/9809

Leave a comment