1978, Maj’ma Fiqh iaitu ijtimak ulama ulama besar dari pelbagai negara di seluruh dunia

1978, Maj’ma Fiqh iaitu ijtimak ulama ulama besar dari pelbagai negara di seluruh dunia mengadakan pertemuan di Mekah dan selepas musyawarah, bersepakat mengharamkan pertubuhan Rotary kerana organisasi berkenaan yang berlindung dengan kerja-kerja amal mempunyai agenda untuk memecahbelahkan umat Islam melalui meliberalisasikan pemikiran umat Islam untuk menerima kesamarataan bagi agama dan ia adalah peluang terbaik bagi Yahudi untuk diterima oleh masyarakat dunia khususnya dunia Arab Islam di sekeliling Israel.

Hak kesemarataan dengan menyamakan semua kepercayaan agama bertentangan dengan Rukun Islam seorang mukmin.

Pertubuhan Rotary -Lions yang berselindung di sebalik kerja-kerja amal terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahlinya tetapi fokus utama diberikan kepada mereka yang berpengaruh dalam sesebuah negara di mana masyarakat mengangkat beliau sebagai penyelamat dan punyai suara dalam pentadbiran politik.Ulama ulama yang melalui musyawarah sepakat fatwakan ianya haram kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan gerakan ini secara halus membuang sunnah dan menggunakan agamawan dalam memutarbelitkan hadis-hadis dengan tafsir mengikut modenisasi dan masyarakat yang kurang memahami ilmu hadith mengikuti membabi buta.

Dan kalau tak salah Bglee..Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pernah menyuarakan kebimbangan beliau kepada kerajaan pada tahun 1978 dan Tok Guru merupakan antara insan yang awal menyedari gerakan ini di Malaysia yang di anggotai golongan elit dan ahli politik.

#AlKahfi

#Hembosss

Leave a comment