UMAT ISLAM AKAN DIHURUNG MUSUH SEPERTI MAKANAN
يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا” فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ ”بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ” فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ ”حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
Daripada Thawban RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Umat-umat lain akan mengelilingi kamu (iaitu musuh-musuh Islam akan menyerbu untuk membinasakan kamu) sepertimana mereka yang pelahap mengelilingi hidangan yang lazat.”
Maka seseorang bertanya, adakah jumlah kita pada masa itu sedikit?
Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, bahkan jumlah kamu ramai, tetapi kamu seperti buih air bah yang banyak. Dan sesungguhnya Allah mencabut kehebatan kamu yang ada di dalam hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahan.
Lalu seseorang bertanya, apakah al-wahan itu, wahai Rasulullah?
Jawab Rasulullah: “Terlalu kasihkan dunia dan takutkan mati.”
HR ABU DAUD
Dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnaut
1 Hari 1 Hadis Palestin
t.me/hadispalestin
