☆Tadabbur Kalamullah 2 Safar 1442H☆
وَلَوۡ أَنَّهُمۡ رَضُوا۟ مَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَقَالُوا۟ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ سَیُؤۡتِینَا ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَرَسُولُهُۥۤ إِنَّاۤ إِلَى ٱللَّهِ رَ ٰغِبُونَ
“Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: “Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah” [Surah at-Tawbah 59]
#Di dalam al-Quran, tidak kurang 70 kali perkataan yang mengandungi maksud redha disebutkan oleh Allah swt.
#Redha iaitu sifat lapang hati ketika menerima ketentuan Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturanNya, qadha qadarNya sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan hamba.
#Sabda Nabi saw: “Kebahagiaan manusia ialah memohon pilihan kepada Tuhannya dan bersikap redha terhadap ketentuan (qadha’). Tanda daripada kecelakaan manusia ialah meninggalkan usaha istikharah (memohon pilihan) dan tidak redha terhadap ketentuan diterimanya” (HR al-Bazzar)
#Dalam usaha mengharungi dan mendepani kehidupan ini, kita harus berasa senang dan tenang menerima ketentuan Allah samada berupa nikmat yang diterima dengan penuh kegembiraan serta ketentuan berupa bencana atau musibah yang datang dalam pelbagai bentuk yang perlu diterima dengan sabar dan redha bukan dengan rungutan dan penyesalan.
#Sabda Nabi saw:
وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ، فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
“Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: “Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Kerana sesungguhnya kata “kalau” itu membuka pintu amalan syaitan” (HR Muslim)
#Kenyataan seumpama ini menunjukkan ketiadaan sikap menyerahkan sesuatu yang berlaku itu kepada qadha dan qadar Allah swt.
#Seorang mukmin yang redha kepada qadha dan qadar tidak akan menyebut “kalau” bagi peristiwa yang telah berlaku kerana semua kejadian langit di bumi semuanya telah ditetapkan Allah sejak azali lagi.
#Berkata Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi berkata: “Seorang Islam harus redha terhadap diri sendiri dan Tuhannya, alam dan hidup, takdir serta rezeki yang dikurniakan Allah swt”.
♡Redhalah dengan segala ketentuanNya dan mohonlah jalan penyelesaian dalam sesuatu urusan kepadaNya♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
