MUJURLAH BUKAN SEMUA ORANG ZALIM TU KAFIR

MUJURLAH BUKAN SEMUA ORANG ZALIM TU KAFIR

❄❄❄❄❄❄❄

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

Semasa menghuraikan ayat 284 Surah al-Baqarah, Ayah Chik nukilkan kata-kata Ibnu Ataillah as-Sakandari mengenai firman Allah “orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim” (والكافرون هم الظالمون).

Menurut Ibnu Ataillah, mujurlah tuhan tak kata “orang-orang zalim itulah orang-orang kafir” (والظالمون هم الكافرون). Kalau tak, habis la semua orang buat zalim jadi kafir belaka.

Tambah Ayah Chik “Maknanya, orang zalim tu tak semestinya kafir. Ada yang masih Islam. Tapi orang kafir tu semestinya zalim. Baik setara manapun tetap dianggap zalim.”

Saya terfikir, datang mana pula slogan “kafir yang adil lebih baik dari muslim yang zalim”? Logik pun dah salah. Ikut ayat di atas, setiap kafir itu zalim. Zalim lawan kepada adil. Maka wujudkah kafir yang adil?

Lagi hairan, ada pula merujuk kafir yang adil itu adalah Khalifah Lim Guan Eng. Yang tipu manifesto, yang direct nego 101 projek kerajaan tu kafir yang adil?

Tepuk dahi! 🤦‍♂️

(Alang Ibn Shukrimun)

1 Safar 1442

19 September 2020

⚪Telegram:telegram.me/AlangIbnShukrimun

🔵Facebook:fb.com/AlangShukrimun

🔴Instagram:instagram.com/alangibnshukrimun

⚫Twitter:twitter.com/alangshukrimun

#AiS

#AiSDakwah

#AiSFikrah

#AiSSiasah

t.me/alangibnshukrimun/1294

Leave a comment