Hidupkan Hati Dengan al-Quran
1. Hidupkan hati dengan al-Quran. Jangan sampai jiwa sunyi daripada membaca dan menghayati al-Quran. Rasulullah pernah bersabda:
إِنَّ الرَّجُلَ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ الْقُرْآنِ كَالْبَيْتِ الْخَرِبِ
“Sesungguhnya jiwa seorang lelaki yang tidak didiami sesuatu dari al-Quran adalah seumpama rumah yang roboh. (HR al-Darimi)
2. Malah, Saidina Abdullah bin Mas’ud turut pernah berpesan dengan nasihat yang sama iaitu:
وَإِنَّ الْقَلْبَ الَّذِي لَيْسَ فِيهِ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ شَيْءٌ خَرِبٌ كَخَرَابِ الْبَيْتِ الَّذِي لا سَاكِنَ لَهُ
Dan sesungguhnya hati yang tidak didiami oleh al-Quran itu adalah jiwa yang roboh seumpama robohnya rumah yang tidak berpenghuni.
3. Dapatkan beberapa nasihat Rasulullah dalam mendidik anak melalui buku berkenaan hadis kekeluargaan di link ini:
https://www.karangkrafmall.com/begini-rasulullah-melayan-keluarga
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
