Wahai ketua kerajaan, keluarga, masyarakat, pertubuhan dll.
Tahukah anda bahawa Umar Ibn Al-Khattab takut jika Allah akan menanyakannya tentang serigala yang lapar di padang pasir?
Jika anda memahami ini, apatah lagi jika ada seorang insan dibawah jagaan (atau bukan dibawah jagaan) anda yang kelaparan?
Ramai yang sibuk bergaduh untuk memperolehi kesenangan sendiri dan melupakan yang lebih lemah.
π§πππ¨πππ ππ‘ππ πππππͺπ πππππ π ππ πππ₯π ππ‘ππ π₯πππππ πππ‘π¬π πππ₯ππ‘π ππ‘π¦ππ‘-ππ‘π¦ππ‘ π¬ππ‘π π§ππππ πππ₯πππ ππ π£π¨ππ‘ πππ‘ π¬ππ‘π πππ ππ ππ π¦ππππππππ‘π πππ π¨?
Rasulullah ο·Ί bersabda; “Anda tidak mendapat rezeki dan makanan jika tidak kerana rahmah Allah terhadap yang lebih lemah diantara kamu.”
Ingatlah! Allah tidak memberi kamu tenaga yang lebih, harta yang lebih, ilmu yang lebih dan segala kebaikan yang lebih, melainkan supaya kamu membantu orang yang lebih lemah.
Dan anda pasti akan dipersoalkan tentang perkara ini di akhirah dan tiada jalan keluar bagi anda.
Kredit : Valley of Knowledge – Shaykh ImrΔn Angullia Al-αΈ€afΔ«αΊ
#KalamUlama
