☆Tadabbur Kalamullah 13 Muharram 1442H☆
وَنَضَعُ ٱلۡمَوَ ٰزِینَ ٱلۡقِسۡطَ لِیَوۡمِ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسࣱ شَیۡـࣰٔاۖ وَإِن كَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةࣲ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَیۡنَا بِهَاۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَـٰسِبِینَ
“Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung” [Surah al-Anbiya’ 47]
#Diriwayatkan bahawa datang seorang lelaki lalu duduk di samping Nabi saw. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, saya memiliki budak suruhan (hamba) di mana mereka telah mendustakan saya, mengkhianati saya dan berbuat jahat kepada saya. Lalu saya telah mencela mereka dan memukul mereka. Bagaimana kedudukan perbuatan saya itu?. Rasulullah saw berkata: “Apabila tiba hari kiamat nanti akan dihisab semua perbuatan yang mengkhianati, mendustai dan berbuat jahat kepadamu serta tindakan kamu menghukum perbuatan mereka. Maka seandainya hukuman yang telah kamu jalankan kepada mereka sesuai dengan dosa-dosa mereka, maka ianya tanpa apa-apa bebanan. Tiada hukuman kepadamu dan juga hukuman dosa mereka ke atasmu. Namun, seandainya hukumanmu itu kurang atau tidak sepadan dengan dosa-dosa mereka, maka itu yang paling untukmu. Tetapi seandainya hukuman itu melebihi dosa-dosa mereka ke atasmu, maka mereka boleh membalasnya dengan lebih lagi”. Lalu lelaki itu pergi ke satu sudut. Dia meratap dan menangis. Rasulullah saw membacakan ayat ini (Surah al-Anbiya’47) kepadanya.
Kemudian lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, tiada suatu pun untuk saya dan untuk mereka sesuatu yang lebih baik daripada melepaskan mereka. Dengan itu, saya bersaksi bahawa mereka semua dimerdekakan”.
#Semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan dihisab oleh Allah swt di hari akhirat nanti berkaitan dengan amalan yang telah di lakukan ketika hidup di dunia dulu. Ada di antara mereka yang dipermudahkan proses hisab mereka dan ada juga yang sebaliknya.
♡Setiap orang tidak akan terlepas daripada melihat setiap perlakuan dilakukannya ketika hidup di dunia dan setiap perlakuan akan ditimbang dan dihisab serta dibalas setimpal dengan apa yang telah ditetapkan. Insafilah diri dan lakukanlah kebaikan!!♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
